Jom Buat Duit

Wednesday, 11 January 2012

Dewi Persik nikah senyap-senyap?



JAKARTA: Penyanyi dangdut, Dewi Persik dikatakan telah bernikah dengan Abi Palutturi, seorang penuntut universiti yang berasal dari Makasar, baru-baru ini.
Berita pernikahan itu disebarkan di laman Twitter oleh seorang yang menggunakan nama samaran @Roy Permana yang menceritakan mengenai hubungan cinta antara Dewi Persik dengan Abi.

Semalam, @Roy Permana menulis di Twitter, “Depe dan Abi memang berpacaran, malah mereka sudah bernikah di Hotel Clarion. Semoga ini pasangan terakhir Depe.”

“Gambar pasangan Depe dan Abi yang mesra itu diambil setelah majlis makan selesai. Malah, Abi pulang sembunyi-sembunyi pada jam 2.30 pagi, takut diketahui ya? Hahaha,” katanya.
Hubungan cinta bekas isteri Saipul Jamil dengan Abi itu memang diketahui ketika mereka saling bermesra di Twitter.

Antaranya, Dewi Persik pernah menulis, “Sebelum tidur jangan lupa nyanyi perlahan-lahan supaya ingat suara aku :D RT@abipalutturi: @dewiperssik12 aku suka kerana kau mengajar aku cinta sayang, papa tidur dulu ya, love U mimpi indah muaach*.”

Tapi sayangnya, hingga kini, berita itu belum dapat disahkan daripada penyanyi itu.

Dewi Persik pernah berkahwin tiga kali iaitu dengan Saipul Jamiell, Farid Yusuf dan Aldi Taher.

Namun, ketiga-tiga perkahwinannya gagal.

Dewi Persik juga pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nicky Tirta, tetapi hubungan itu juga tidak kekal lama. - Detikhot

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters