Jom Buat Duit

Monday, 2 January 2012

Arumi, Emil kawan biasa




JAKARTA: Aktres Arumi Bachsin ada alasan sendiri tidak mahu bercinta dengan Emil Dardak.
“Saya mahu tumpukan pada pelajaran saya dulu,” katanya ketika ditemui di malam pelancaran kabartop.com di Pejetan, Jakarta Selatan, semalam.

Dia hadir di acara itu bersama Emil. Itu bukan kali pertama mereka dilihat bersama.

Tetapi, Arumi tetap menafikan dia bercinta dengan Emil Dardak.


“Kami selalu berbual tetapi untuk hal kerja saja,” kata Arumi.
Tetapi, Emil memuji Arumi. Ada apa?

Kata Emil, “Kami banyak berbincang. Arumi seorang pelakon yang berbakat dan komited dengan kerjayanya.”

Hubungan persahabatan antara Arumi dan Emil memang diketahui oleh ibu Arumi.

Hubungan itu tidak disembunyikan seperti hubungan cintanya dengan Miller, dulu.

“Ibu tidak melarang saya berkawan dengan sesiapa tetapi yang penting, ia dapat membantu kami menjadi orang yang lebih baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters