Jom Buat Duit

Saturday 4 February 2012

Hadiah istimewa Haiza

TAHUN lalu Rohaizah Nordin atau Haiza menyambut ulang tahun kelahiran yang disambut setiap 2 Februari dengan bercuti di London. Hadiah hari jadi istimewa ini diterima daripada suaminya, Norhanapfe Omar. Bagaimanapun, Norhanapfe tidak dapat turut serta kerana terbabit dengan komitmen dalam perlawanan hoki.

Jadi, Haiza yang disertai keluarga Rohana Jalil menghabiskan masa dengan melawat ke tempat menarik di sana. Tarikh 2 Februari datang lagi pada Khamis lalu dan Haiza diajak makan malam oleh rakan media terdekat yang mahu meraikannya di Restoran Rebung, Bangsar. Dia diberitahu hanya sekitar enam orang yang terbabit.

Bagaimanapun sebaik sampai di situ, dia terkejut melihat lebih 30 rakan media dan anggota keluarganya siap sedia menunggu. Ternyata dia menerima kejutan istimewa sempena ulang tahunnya yang ke-32. Haiza bertuah kerana pemilik Jamu Mak Dara, Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali Al-Habshee atau Habib, sudi menaja majlis yang berlangsung sederhana tetapi meriah ini.

“Pengurus saya beritahu suami (Napfe) yang rakan media ajak makan-makan
di Rebung. Kebetulan pula tak sibuk, kami bersetuju untuk hadir. Napfe juga tak tahu ini satu kejutan, jadi dia hanya kenakan pakaian yang ringkas. Nasib baiklah saya pakai cantik juga kerana tak mahulah terlalu ringkas sangat.

“Ternyata kakak saya juga pandai merahsiakan perkara ini sedangkan dia yang membuat kek untuk majlis ini. Selain itu, peminat setia dari Brunei bernama Dzull juga mengirimkan kek yang turut dibuat kakaknya. Terima kasih buat Jamu Mak Dara serta semua yang terbabit menganjurkannya.

“Sempena bertambahnya usia, saya nakkan semua yang terbaik dari sudut kehidupan mahupun karier. Tambah lagi, saya baru saja melancarkan single terbaru berjudul Semalam ciptaan Nawfas dan Mawar Putih, sudah tentunya saya nak peminat menyokong lagu ini. Bahkan saya juga merancang akan membuat pelancaran rasmi di Red Box, Sogo pada 28 Februari ini,” katanya ceria.

Tidak mengharapkan sesuatu yang istimewa daripada suami, Haiza mengakui faham perangai Napfe yang sentiasa ingin menghadiahkannya sesuatu yang istimewa. Pengalaman hidup bersama yang kini menjangkau lima tahun sudah membuatkan dia masak dengan sikap romantik suami tercinta.

“Selalunya Napfe menghadiahkan kasih sayang melimpah buat saya. Dia juga sering buat kejutan dengan menghadiahkan bunga. Tak tahulah kali ini dia nak berikan apa tapi ini sudah mencukupi buat saya,” katanya yang turut gembira dengan kehadiran Alyah dan Maya Matahari yang memeriahkan majlis ini.

Beralih kepada perkembangan seninya, Haiza memberitahu, single Semalam kini sudah mula diedarkan ke semua stesen radio. Haiza tetap aktif menghasilkan single kerana sebagai penyanyi, dia perlu sentiasa ada produk terbaru.

“Untuk karier seni, saya boleh ucapkan alhamdulillah kerana segala-galanya berjalan lancar apabila saya kerap diundang menjayakan per�sembahan. Namun minat saya dalam seni terlalu mendalam. 17 tahun terbabit dalam seni memang boleh dikatakan masih baru, tapi kalau tak keluar produk memang tak bagus rasanya. Saya sayangkan seni dan mahu terus menghiburkan peminat.

“Saya lihat publisiti dalam media arus perdana sudah bagus tapi ruang untuk lagu tembus di radio berpengaruh memang agak susah. Tahun lalu saya hasilkan single Marilah Padaku dan lagu ini hanya dimainkan di sesete�ngah stesen radio. Lagu ini juga agak lari daripada elemen dangdut hinggakan ada peminat kecewa dan marah saya, tapi mereka tak tahu betapa sengsaranya saya nak ‘push’ lagu jika kekal dengan konsep lama.

“Saya kecewa tapi bukan membangkang pendirian stesen radio ini. Cuma saya minta ruang untuk artis seperti saya dan lain-lain berkarya. Saya sanggup buang ego

sebelum ini yang nak pertahankan dangdut dan buat perubahan menerusi lagu Semalam. Tak mustahil untuk lagu berikutnya saya kembali kepada dangdut tapi diberikan nafas baru. Saya dah berbincang dengan Damien Mikhail Seet Abdullah mengenai impian ini.

“Namun untuk kali ini, saya minta ruang supaya stesen radio menyiarkan lagu saya. Tujuan saya sekarang mahu menambah warna dengan menyanyikan lagu konsep lain. Saya dah ada peminat tapi nak tambah lagi golongan peminat. Saya tiada masalah dengan stesen TV yang sering berikan kerjasama.
“Saya lihat peredaran zaman sekarang membuatkan ramai orang menghabiskan masa dalam kereta. Kalau stesen radio tak mainkan lagu saya, memang susahlah untuk saya promosi produk terbaru kepada peminat,” katanya yang kini mempunyai syarikat sendiri, My Own Entertainment Management yang menguruskan kerjaya seninya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters