Jom Buat Duit

Saturday 4 February 2012

Cincin kahwin, baju berdarah Gaddafi RM6j

TRIPOLI: Cincin kahwin dan baju yang dipakai oleh bekas pemimpin Libya, Kolonel Gaddafi ketika dia dibunuh oleh pemberontak Oktober lalu, dilapor ditawar untuk dijual dengan harga RM6 juta.
Gaddafi memakai cincin perak dan baju warna kuning air apabila dia diheret keluar dari salur longkang berhampiran Sirte, bandar kelahirannya, sebelum dipukul dan ditembak.

Warga Libya, Ahmed Warfali dilapor meminta bayaran sebanyak RM6 juta untuk cincin dan baju berkenaan itu.
Dia percaya boleh mendapat harga lebih tinggi jika menjualnya di Eropah.

Gambar yang kelihatan seperti cincin itu dimuatnaikkan ke laman web ArabsToday.net dan menujukkan ukiran tarikh Gaddafi berkahwin dengan isteri, Safia, pada 10 September 1970, lapor ABC News.

Tetapi pengkritik berkata, Warfali tidak boleh menjual barangan itu.

“Cincin itu bukan dimiliki oleh Gaddafi. Ia wang Libya dan lelaki itu tidak sepatutnya menjual cincin berkenaan,” kata seorang lelaki dalam laman Facebook untuk penduduk bandar Zintan, tempat anak Gaddafi, Seif al-Islam ditahan. - AP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters