Jom Buat Duit

Sunday 11 December 2011

Perompak Nekad

PERIKSA... anggota polis menyiasat kedai emas yang  dirompak, kelmarin.
PERIKSA... anggota polis menyiasat kedai emas yang dirompak, kelmarin.

KLANG: Beraninya sekumpulan perompak apabila menceroboh sebuah kedai emas ketika premis berhampiran masih dipenuhi pelanggan tanpa menyembunyikan identiti mereka hingga menyebabkan pemiliknya kerugian RM10,000.
Dalam kejadian jam 8.15 malam di Jalan Tengku Kelana, di sini, kelmarin, pemilik kedai emas itu dan tiga pekerjanya terkejut apabila empat perompak menceroboh premis berkenaan dengan pantas hingga tidak disedari orang awam yang berada berhampiran.

Suspek berjaya melarikan dua utas rantai, sepasang subang dan dua cincin emas daripada premis berkenaan sebelum menaiki kereta Proton Saga berwarna hitam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kerugian dialami pemilik itu dianggarkan RM10,000 dan polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati suspek adalah lelaki berumur antara 20 hingga 30 tahun dan masing-masing dua daripada suspek berbangsa India dan Melayu.

“Modus operandi suspek ialah menceroboh kedai dan memecahkan kotak kaca untuk mempamerkan barangan kemas dan melarikannya.
“Suspek dipercayai menggunakan dua bilah parang dan kapak serta tidak memakai topeng atau topi keledar untuk menyorokkan identiti mereka,” katanya kepada media di lokasi kejadian.

Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters