Jom Buat Duit

Thursday, 5 January 2012

Abby tetap dalam ingatan Zul



BARU dua bulan berpisah, pelakon kacak, Zul Ariffin mengakui masih sukar untuk melupakan bekas kekasihnya, Abby Abadi. Malah kata Zul, sampai hari ini, Abby masih ada dalam ingatannya.
“Apabila orang tanya apa perasaan saya terhadap Abby, saya akui masih sayangkan dia. Maklumlah, kami baru saja berpisah dan saya perlu masa untuk melupakan cinta kami yang tak kesampaian itu.

“Pada masa sama, saya tidak terfikir untuk mencari pengganti dengan segera. Saya sendiri tidak tahu, sama ada kami mungkin akan berbaik semula atau tidak selepas ini. Saya serahkan soal ini kepada Tuhan. Kalau ada jodoh kami, adalah...” katanya.

Ditanya sama ada dia ada berhubung dengan Abby selepas berpisah, kata Zul, mereka belum berpeluang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan karier dan lebih banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran.


“Secara kebetulan, saya terbabit dengan penggambaran filem genre seram, Penanggal arahan Ellie Suriaty. Penggambaran membabitkan lokasi di luar ibu kota termasuk Kuala Kangsar, Perak.

“Ada baiknya, kami berjauhan dulu selepas perpisahan itu kerana saya tidak mahu fokus terganggu untuk filem seram ini. Sebelum ini terlalu banyak kisah peribadi saya dan Abby dihebohkan media sehingga orang pun terlupa perkembangan kerjaya kami,” katanya.

Zul juga tidak menafikan ada pihak menganggap dia selalu dibayangi Abby ketika mereka hangat bercinta dulu.

“Mungkin kerana kami selalu berdua ke mana-mana dan pada masa sama turut berlakon drama yang sama. Sebab itu timbul ceria saya dibayangi Abby.

“Hakikatnya, saya banyak belajar selok-belok lakonan daripada Abby kerana dia lebih berpengalaman. Justeru, azam saya pada 2012 ini adalah untuk fokus kepada bidang lakonan yang semakin sebati dalam diri,” katanya.

Mengulas lanjut filem terbaru lakonannya yang juga genre seram, Penanggal terbitan Astro Shaw dan Grand Brilliance Sdn Bhd, Zul mengakui wataknya sebagai Syed Umar lebih mencabar daripada yang pernah dilakonkan sebelum ini.

“Saya akui, banyak buat drama sebelum ini dan sampai masanya saya kembangkan karier lakonan ke layar perak pula. Watak Syed Umar pula menarik kerana dia adik kepada Syed Yusof (lakonan Azri Iskandar). Ini filem kedua lakonan saya selepas KL Drift. Bagaimanapun, watak saya dalam filem KL Drift itu kecil saja dan kurang menyerlah.

“Ia berbeza dengan filem Penanggal ini. Sudah lebih dua minggu kami di lokasi penggambaran filem ini sejak 11 Januari lalu. Saya seronok melakonkan watak Syed Umar terutama perlu menjiwai dialog dalam bahasa Arab dan bekerja dengan pelakon berpengalaman seperti Azri. Penggambaran filem ini dijang�ka berakhir pada 23 Januari nanti,” katanya.

Berkongsi pengalaman bekerja dengan Ellie, kata Zul, dia mengakui cukup bertuah kerana berpeluang menimba ilmu lakonan dengan pelakon berkaliber itu.

“Saya pernah bekerja dengan Ellie dalam drama untuk slot Lagenda berjudul Laila Manja. Pada masa itulah, Ellie tawarkan saya untuk berlakon filem Penanggal arahannya.

“Saya memang menanti peluang untuk bekerja dengan pelakon dan pengarah yang hebat sepertinya. Sepanjang penggambaran, Ellie banyak membimbing dan dia tahu apa yang dia nak dalam filem ini,” katanya.

Azri juga menafikan Ellie adalah pengarah yang garang seperti diperkatakan segelintir pihak.

“Ellie tidak garang di lokasi seperti yang diperkatakan orang sebaliknya banyak me�ngajar selaras dengan dirinya yang juga guru lakonan. Pada pemerhatian saya, Ellie seorang pengarah yang mementingkan kesempurnaan dalam karyanya.

“Saya juga sudah buat yang terbaik mengikut kemampuan sebagai pelakon. Selain itu, saya berharap filem ini akan mengukuhkan lagi nama dalam bidang seni tempatan,” katanya.

Buat masa ini, kata Zul dia hanya terbabit dalam filem Penanggal semata-mata.
“Sebelum ini, saya memang buat dua atau tiga projek dalam satu masa tapi kali ini, fokus saya pada filem penanggal yang juga drama berat ini.

“Saya ingin beri tumpuan sepenuhnya pada filem ini kerana tidak ingin mensia-siakan kepercayaan diberikan Ellie dan produser,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters