SYDNEY: Seorang lelaki Australia dihukum sebat 500 kali dan penjara
setahun di Arab Saudi kerana menghina sahabat Rasulullah pada musim haji
lalu.
Jabatan Hal Ehwal Luar Australia semalam berkata, kerajaan sangat
bimbang terhadap keadaan lelaki terbabit yang dinamakan media sebagai
Mansor Almaribe.
Bapa kepada lima anak, Almaribe, 45,
dilaporkan disebat belakangnya dan kerajaan bimbang kerana dia mengalami
masalah kesihatan di bahagian itu.
Jurucakap Kementerian Luar berkata, Australia berpegang kepada polisi
universal mengecam penggunaan hukuman fizikal yang boleh membawa kepada
penyeksaan atau kekejaman.
Katanya, Duta Australia menghubungi kerajaan Arab Saudi bagi meringankan hukuman.
“Saya tidak fikir Mansor mampu menahan 50 sebatan,” katanya. - Reuters
No comments:
Post a Comment