JAKARTA: Julia Perez mengaku dia tidak bimbang mendapat imej buruk kerana menjadi duta kondom.
Sebaliknya, Julia merasa gembira kerana dapat membantu memberi pendidikan seks.
“Saya tidak takut sama sekali dengan imej buruk. Sebagai duta kondom, ia adalah satu perkara positif. Malah, saya berasa bangga supaya orang tahu betapa penting menggunakan kondom,” kata Julia ketika ditemui sewaktu acara Sex Survey Presentation 2011 di Jakarta, semalam.
Sebagai duta kondom, kekasih Gaston Castano itu merasakan dia mempunyai tanggung jawab besar untuk memberikan pendidikan seks. Apatah lagi di kalangan remaja yang menurut kaji selidik DKT Indonesia, ramai melakukan seks luar nikah.
“Ramai yang berfikiran pendidikan seks adalah perkara yang menjadi pantang larang tapi sebenarnya tidak. Kalau bukan kita yang bertanggung jawab mendidik, siapa lagi? Kita mesti sama-sama memberikan pendidikan supaya tidak salah jalan,” katanya.
Kata Julia lagi, “Tugas saya memberi impak yang baik dan betul. Saya rasa ini bukan hal yang dilarang. Mungkin pada masa hadapan, kami akan ke sekolah pula,” katanya.
No comments:
Post a Comment