BANDAR GAZA - Seorang pegawai Gaza menyatakan Mesir membuka pintu
sempadannya dengan wilayah Palestin berkenaan selama tiga hari menjelang
sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hujung minggu ini.
Wilayah Gaza diperintah oleh pergerakan Hamas.
Pegawai berkenaan, Maher Abu Sabha berkata, pintu sempadan itu
dijadualkan dibuka kepada lalu lintas di kedua-dua hala lewat semalam.
Mesir menutup lintasan sempadan tersebut minggu lalu selepas
sekumpulan militan di Semenanjung Sinai dekat sini membunuh 16 anggota
tentera negara itu. - AP
No comments:
Post a Comment