LOS ANGELES - Pemain saksofon muzik jaz terkenal Kenny G telah
memfailkan penceraiannya selepas 20 tahun dia mendirikan rumah tangga.
Dokumen mahkamah menunjukkan ahli muzik terkenal Amerika Syarikat itu
telah memfailkan penceraiannya pada Khamis lalu di Los Angeles kerana
tiada persefahaman dengan isterinya.
Bintang popular itu, mengahwini Balynda Helene Benson-Gorelick pada
bulan April 1992 dan kedua-dua pasangan tersebut mempunyai seorang anak
lelaki berusia 14 tahun.
Dia sedang memohon hak penjagaan bersama anaknya namun dia enggan untuk membayar nafkah.
Benson-Gorelick memfailkan untuk berpisah pada bulan Januari lalu namun kes tersebut tidak diteruskan.
Penceraian itu buat pertama kali dilaporkan pada Isnin lalu oleh laman web selebriti TMZ.
Kenny G pernah memenangi anugerah Grammy pada tahun 1993 untuk muzik Forever in Love. - AP
No comments:
Post a Comment