Jom Buat Duit

Saturday, 11 February 2012

Iz OIAM gigih di Los Angeles


BIARPUN kecundang sebelum penamat di pentas pertandingan One In A Million (OIAM) musim kedua lalu, namun ia bukan penghalang bagi Khairullah Ezuan Sulaini untuk mencipta nama dalam bidang seni. Pemuda yang mesra dengan panggilan Iz ini sentiasa berusaha gigih untuk mengetengahkan bakatnya.

Terbaru, pada 1 Februari lalu Iz, 29, berangkat ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) untuk mengikuti beberapa latihan yang diatur selama tiga bulan. Antara latihan yang disertai Iz seperti vokal, seni persembahan, pertuturan, tarian serta pertunjukan pentas.

Iz berkata, apa yang dilakukan itu demi menimba pengalaman. Malah, apa yang menggembirakannya apabila turut meraih peluang muncul di acara permaidani merah sempena Anugerah Grammy ke-54 yang berlangsung di Staples Center, esok (waktu AS). Menurut Iz, dia berasa sangat teruja.

“Apapun, perkembangan karier nyanyian saya di tanah air tetap diteruskan seperti yang dirancang. Biarpun, tiada di Malaysia selama tiga bulan, saya tetap muncul dengan single bahasa Melayu terbaru, Cinta Akhir. Jika tiada aral, single ini mula berkumandang di stesen radio Era FM tidak lama lagi.


“Kini, harapan saya supaya lagu ini akan mendapat sambutan dan diterima baik oleh pendengar muzik tempatan. Saya menaruh sepenuh keyakinan terhadap Cinta Akhir,” kata anak jadi ibu kota yang pernah tampil dengan EP (piring hitam) memuatkan lima lagu ciptaannya sendiri, lima tahun lalu.

Berbicara mengenai kembara dirinya di Los Angeles (LA), Iz berkata, selain sibuk menimba ilmu, dia juga terbabit menjayakan beberapa rangka promosi untuk pasaran lagu Inggeris. Kata Iz, dia terbabit dengan publisiti single SHoes SHoes SHoes dan B LUV yang siap dirakamkan di Melbourne, Australia, tahun lalu.

Masih selesa mengetengahkan lagu ciptaannya sendiri, Iz sangat berbesar hati kerana dia mendapat kepercayaan serta peluang menjalin kerjasama dengan penerbit dari luar negara seperti Australia dan AS.

Kata Iz, ia peluang keemasan yang tidak harus disia-siakan dan dia mahu berusaha sebaik mungkin.

“Bagaimanapun, rangka promosi lagu Inggeris saya di negara ini tidak dilupakan.

“Saya bercadang memulakan segala urusan promosi dan publisiti pada April nanti.
“Ia selepas kepulangan saya di sini.

“Saya akan bekerja keras seperti biasa bagi memastikan usaha membina karier nyanyian akan berjaya.

“Minat yang mendalam dalam nyanyian membuatkan saya enggan berputus asa dan gigih berusaha selagi mampu.

“Bagi saya, di mana ada kemahuan pasti di situ ada jalannya.

“Lagipun, selain berusaha menimba pengalaman, saya juga memastikan ilmu di dada ini bertambah demi masa depan,” katanya.

Sepanjang di AS, Iz akan mengikuti seminar berkaitan perniagaan muzik di beberapa akademi seperti di The Clive Davis Institute of Recorded Music, Tisch School of The Arts (New York University) & The Recording Academy. Selain itu, Iz juga dijangka terbabit temuramah bersama wakil stesen radio.

Tidak ketinggalan, Iz yang sentiasa prihatin dengan fesyen dan gemar muncul dengan gaya terkini turut mengadakan pertemuan dengan pereka fesyen terkenal antarabangsa serta menghadiri pertunjukan fesyen.

Bukan itu saja, Iz juga mendapat undangan menghadiri beberapa majlis hiburan berprestij dianjurkan.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters