Jom Buat Duit
Saturday, 11 February 2012
Ariel Peterpan jalani proses asimilasi
BANDUNG: Ariel Peterpan dikatakan sudah dibenarkan keluar penjara untuk proses asimilasi sejak dua minggu lalu.
Berita ini disampaikan oleh Ketua Penjara Rutan Kebon Waru, Wahid Husin.
“Benar, sejak dua minggu yang lalu dia bekerja di sebuah syarikat perunding arkitek di sini (Bandung),” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya lagi, vokalis tersebut bekerja seperti pekerja biasa yang lain.
“Setiap pagi dia akan keluar bekerja dan pulang ke penjara di waktu petang,” katanya.
Namun, apabila diminta menjelaskan dengan lebih lanjut, Wahid meminta supaya menghubungi pejabat wilayah Bandung.
“Maafkan saya, saya dalam perjalanan. Mungkin anda boleh menghubungi Pejabat Wilayah Bandung,” katanya.
Ariel pernah mengambil jurusan arkitek ketika di universiti dan atas alasan itu namanya disenaraikan oleh pihak penjara untuk menjalani proses asimilasi luar penjara ketika sebuah syarikat perunding seni bina membuka peluang pekerjaan untuk banduan yang tiba untuk proses asimilasi.
Namun, ketika soalan diajukan kepada pihak pengurusan syarikat berkenaan, mereka enggan mengesahkannya. - Detikhot
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment