RAMAI pemerhati dan pengkritik memulakan ramalan mengatakan Adele bakal menang besar apabila tersenarai dalam enam pencalonan pada acara Anugerah Grammy.
Superstar British dikenali ‘Totenham Diva’ ini paling banyak dicalon pada edisi berprestij ke-54 akan berlangsung di Staples Center, Los Angeles, lusa.
Apa yang pasti peminat Lady Gaga pasti terkejut kerana ramalan juga tidak meletakkan sebarang harapan kepadanya untuk mengatasi Adele. Penyanyi glamor dan seksi berambut perang ini hanya dicalonkan tiga kategori, lebih sedikit daripada Bon Iver dan Skrillex.
Lady Gaga hanya dicalonkan untuk kategori Album Terbaik (Born This Way), Album Vokal Pop Terbaik dan Persembahan Solo Terbaik (You and I).
Beberapa ramalan lain dibuat beberapa hari lalu mengatakan Gaga akan pulang dengan tangan kosong walaupun album Born This Way mencatat jualan memberangsangkan di peringkat antarabangsa.
Dalam satu kenyataan, muzik video Gaga Born This Way langsung tidak diiktiraf untuk berada dalam senarai Muzik Video Terbaik!
Edisi Anugerah Grammy 2012 juga menyaksikan kategori berkurangan daripada 109 kepada 78. Kategori seperti Artis Solo Lelaki Terbaik digugurkan dengan sesetengah diperbaharui dengan kategori nama baru.
Kemuncak Anugerah Grammy tertumpu kepada pencalonan Pop Solo Terbaik membabitkan saingan Adele menerusi lagu Someone Like You, Lady Gaga (You and I), Katy Perry (Firework), Bruno Mars (Grenade) dan Pink (F***in’ Perfect).
Kategori Album Pop Terbaik turut menyaksikan saingan Adele dengan album 21 dicabar oleh Bruno Mars (Doo-Wops & Hooligans), Cee Lo Green (The Lady Killer), Lady Gaga (Born This Way) dan Rihanna (Loud).
Album Terbaik juga kelihatan berat kepada Adele. Lagunya, Rolling in the Deep terus berada di petak utama di depan Holocene (Bon Iver), Grenade (Bruno Mars), The Cave (Mumford & Sons) dan Firework (Katy Perry).
Dalam kategori Artis Baru Terbaik, senarai The Band Perry dan Bon Iver dikatakan calon pilihan bersaing tetapi J Cole, Nicki Minaj dan Skrillex mampu mencabar.
Persaingan Grammy tahun ini juga dikatakan menampakkan penguasaan kumpulan rock popular, Foo Fighters. Kumpulan alternatif rock diketuai bekas anggota kumpulan Nirvana, Dave Grohl itu dalam laluan mencari gelaran keempat dalam kategori Album Rock Terbaik.
Foo Fighters dijangka menyapu bersih anugerah Album Rock Terbaik apabila lagu Wasting Light berada pada kedudukan teratas pengkritik dan editor majalah muzik.
Empat pencalonan lain memberi cabaran sengit adalah Rock N Roll Party (Honoring Les Paul/Jeff Beck), Come Around Sundown (Kings of Leon), I’m With You (Red Hot Chili Peppers), The Whole Love (Wilco).
Tidak ketinggalan adalah Album Pop Vokal Tradisional Terbaik menampilkan saingan Tony Bennett dengan Duet II, The Gift (Susan Boyle), In Concert on Broadway (Harry Connick, Jr), Music Is Better Than Words (Seth MacFarlane) dan What Matters Most (Barbra Streisand).
No comments:
Post a Comment