Beratnya hampir dua kali ganda berbanding purata berat bayi baru lahir. Lebih menarik lagi, Suzie sudah mempunyai dua batang gigi ketika dilahirkan.
Tetapi yang menghairankan, ibunya, Gemma Tevendale, 26, melahirkannya cara biasa dengan hanya dibantu oleh gas dan udara.
Dia hanya mengalami sakit selama 44 minit sebelum dimelahirkan Suzie.
Kebanyakan ibu bayi yang bersaiz besar terpaksa menjalani proses Caesarean ketika melahirkan anak masing-masing.
“Bidan terkejut. Mereka berkata, bayi saya besar, antara 4.5 kilogram atau 5 kilogram.
Tetapi apabila mereka melihat beratnya 5.5 kilogram, mereka berkata, penimbang itu sudah pecah,” kata Gemma.
Suzie dilahirkan tiga minggu lalu dan kini sudah memakai pakaian bayi yang berusia enam bulan.
Dan selera makan bayinya juga besar. Dia diberi susu badan tetapi turut memerlukan susu botol kerana sentiasa lapar. - DM
No comments:
Post a Comment