Jom Buat Duit

Saturday 10 March 2012

Pemandu teksi bebas tuduhan rogol

PETALING JAYA: Seorang pemandu teksi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam daripada tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, tiga tahun lalu.
Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap D Ragu Naidu, 27.

Menurutnya, kredibiliti mangsa berhubung dakwaan itu boleh dipertikaikan kerana berdasarkan pemeriksaan doktor yang juga saksi pendakwaan kelima mengesahkan ada kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa, melebihi 72 jam selepas kejadian.

“Jika benar kejadian rogol itu berlaku secara paksa antara tempoh seperti dalam pertuduhan, akan ada tanda atau kesan koyakan baru. Oleh itu, saya melepaskan dan membebaskan kamu daripada pertuduhan,” katanya.

Katanya, pihak pendakwaan juga gagal mengemukakan identiti pemilik asal teksi digunakan tertuduh melalui carian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikatakan merakamkan kelibat tertuduh ketika kejadian yang menggunakan laluan tol Batu Tiga, Shah Alam juga tidak dikemukakan kepada mahkamah, malah ketika kawad cam dilakukan di balai polis, mangsa gagal mengenal pasti identiti tertuduh,” katanya.


Mengikut kertas pertuduhan, Ragu didakwa merogol dan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap seorang remaja berusia 16 tahun dalam teksi di tepi jalan depan Kondominium Puncak Nusa Kelana, Jalan PJU 1A/48, Petaling Jaya, antara jam 5 hingga 7.30 petang, 7 Mei 2009.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shah Rizal Abdul Manan manakala tertuduh diwakili SS Dev.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters