Jom Buat Duit

Saturday, 10 March 2012

Radhi Khalid bertemu idaman hati


SEKIAN lama hidup bersendirian, baru kini pelakon Radhi Khalid, 48, ingin menamatkan zaman bujangnya. Pilihan hati lelaki ini bukanlah orang seni tetapi wanita biasa yang baik budi dan dapat memahami siapa dirinya.
Tarikh untuk mereka disatukan sudah ada tetapi Radhi belum bersedia untuk mengumumkannya tetapi katanya sebelum hujung tahun ini.

“Sebelum ini pun saya ada juga cuba mencari calon isteri tetapi belum dapat yang sesuai di hati. Sementelah lagi keluarga pun tidak memaksa, jadi saya relaks dulu kerana sekali berkahwin biarlah untuk selamanya.

“Wanita yang sudah terpahat kemas di lubuk hati ini seorang yang sederhana dan baik hati. Dengan kebaikan yang ada padanya itu, saya yakin dia dapat menyesuaikan diri dengan sesiapa saja. Sudah sampai masanya saya mencari teman hidup kerana sakit deman nanti ada yang menjaga. Bukan selamanya kita akan sihat walafiat,” katanya.


Selama 25 tahun mengabdikan diri kepada dunia seni, jarang sekali Radhi terpalit dengan kontroversi. Namun begitu, ketika dia bersama Bell Ngasri bersatu di bawah satu kumpulan menyertai Maharaja Lawak Mega, dia tersentak apabila ada yang mengatakan dia bergaduh dengan Bell.

“Tidak pernah saya bergaduh dengan sesiapa, tiba-tiba timbul cerita saya dengan Bell bermusuh. Kami ‘bertekak’ untuk mencari yang terbaik dalam persembahan Maharaja Lawak Mega dan bukannya bergaduh sampai bermasam muka.

“Masing-masing ada idea dan pendapat. Selepas berakhirnya persembahan pada setiap ming�gu, kami terpaksa memerah otak lagi untuk persembahan pada minggu berikutnya sehinggalah kami tersingkir. Sekarang hubungan kami baik seperti dulu,” katanya.

Walaupun kehadirannya dalam industri dibayangi ramai artis muda tetapi bakat dan komitmen orang lama seperti Radhi masih dipandang tinggi. Berkemampuan membawakan apa saja watak, meskipun kurang publisiti Radhi terus bertahan sehingga ke hari ini.

Terbaru dia muncul dalam telefilem arahan Alif Mohd Noor Kadir bertajuk Cinta Irama Klasik. Dia memegang watak Kalam iaitu pemandu kepada Datuk Mahfus (Mahadi Amin).

Ia bukanlah telefilem komedi tetapi kelucuan yang ditimbulkan dalam jalan ceritanya mencetuskan situasi kelakar. Untuk mencari cinta sejati pada penghujung usianya, Datuk Mahfus meminta Kalam menyamar menjadi dirinya sementara dia pula mengambil alih tugas Kalam sebagai pemandu. Dia memilih calon isteri yang bukan terpikat padanya kerana harta.

Selepas puas menimpa pengalaman dalam lakonan, Radhi mengorak langkah setapak lagi dengan menubuhkan syarikat penerbitan, Radhikal Films Sdn Bhd (radhi@radhikalfilms.com).

Dia baru saja menghasilkan drama Daging arahan Meor Hashim Manap. Barisan pelakonnya pula Radhi sendiri memegang watak Bokhari/Babjan ketika dewasa, Rozie Rashid (Hendon), Shahzuan Aiman (Babjan kecil), Kencana Dewi (Cikgu Saidah), Mazrin Siraj (Cikgu Aziz), Rashidi Ishak (Hasnan), Louisa Chong (Cikgu Rogayah), Mustafa Kamal (Tan Sri Farok) dan ustaz Azran (Imam Adam). Kuswadinata muncul sebagai pelakon undangan.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters