PENYANYI dan pelakon Hol�lywood terkenal pada era 1970-an, Rex Smith, datang bercuti ke Kuala Lumpur, baru-baru ini selepas beliau menjayakan konsert di Filipina.
Antara lagu popularnya, Everlasting Love, Heart Beat, Simply Jessie dan You Take My Breath Away. Malah lagu beliau pernah mendapat anugerah 10 lagu terbaik di Amerika Syarikat pada 1979.
Rex juga pernah menghasilkan beberapa album termasuk Where Do We Go from Here, Sooner or Later, Forever, Rex, Pirates of Penzance, Everlasting Love, Camouflage, Sunset Boulevard, Human Comedy, The Scarlet Pimpernel: Encore!
serta an Simply... Rex.
Dalam bidang lakonan pula dia pernah berlakon dalam drama Street Hawk, The Love Boat, Baywatch, Caroline In The City dan JAG.
Rex yang dilahirkan pada 19 September 1955 di Florida, Amerika Syarikat juga adalah rakan baik kepada usahawan Malaysia terkenal, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir (Tan Sri Jojo).
Sepanjang Rex bercuti di sini, Tan Sri Jojo sempat membawanya bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur dan membeli-belah di Suria KLCC.
Kata Rex, dia amat menga�gumi bumi Malaysia yang cantik dan bertuah ini kerana begitu pesat membangun dan berharap akan datang lagi ke Kuala Lumpur.
“Saya sangat sukakan Malaysia yang aman damai. Saya lihat banyak pelancong di sini bebas bersiar-siar tanpa rasa bimbang. Kuala Lumpur sangat metropolitan,” katanya dengan teruja.
Apa yang menarik, atas persahabatan yang terjalin erat, pengurus konsert Smith iaitu Danee Samonte yang juga pemilik Steve O’Neal Productions, menghadiahkan Tan Sri Jojo satu topi yang pernah dipakai Michael Jackson (MJ) berserta tandatangan MJ sendiri.
No comments:
Post a Comment