Jom Buat Duit

Saturday, 10 March 2012

Kristian lebih ramai hijrah

PARIS: Pendatang beragama Kristian jauh lebih banyak berhijrah berbanding pendatang beragama Islam di Kesatuan Eropah, tempat perbahasan mengenai migrasi biasanya ditumpukan pada ketibaan baru orang Islam.
Menurut kajian terbaru oleh Forum Pew Mengenai Agama dan Kehidupan Umum yang dikeluarkan semalam, daripada 214 juta orang yang meninggalkan negara asal masing-masing untuk hidup di negara lain, kira-kira 106 juta (49 peratus) adalah Kristian sementara 60 juta (27 peratus) beragama Islam.

Hanya 3.6 juta Yahudi di seluruh dunia berpindah merentasi sempadan antarabangsa.
Bagaimanapun, ia adalah 25 peratus daripada populasi Yahudi di seluruh dunia, menjadikannya kumpulan agama tertinggi berpindah.

“Ramai pakar berpendapat, secara keseluruhannya, peluang ekonomi, pekerjaan lebih baik, pendapatan lebih tinggi, menjadi satu-satunya pendorong kepada migrasi antarabangsa.

“Pada masa sama, agama kekal menjadi faktor dalam membuat keputusan untuk meninggalkan negara kelahiran mereka dan negara pilihan yang mereka hendak tuju,” menurut kajian itu.

Kajian berkenaan mendefinisikan migran sebagai orang yang tinggal di negara lain pada 2010 untuk selama lebih setahun, termasuk pendatang haram dan pendatang jangka panjang, termasuk rakyat Palestin dan keturunan mereka.

Daripada 47 juta pendatang di Kesatuan Eropah, 26 juta (56 peratus) adalah Kristian, dua kali ganda berbanding 13 juta penganut Islam (27 peratus).
Sementara itu, Amerika Syarikat menjadi destinasi utama pendatang Kristian yang mewakili 32 juta (74 peratus) daripada 43 juta populasi yang dilahirkan di luar negara di negara itu. Dua per tiga daripada mereka berasal dari Amerika Latin. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters