Akhbar Bild melaporkan, siaran gambar separuh bogel setiap Jumaat kali ini adalah yang terakhir sejak ia dimulakan pada 1984.
Selama 28 tahun, lebih 5,000 wanita muncul mempamerkan buah dada masing-masing di muka depan akhbar berkenaan.
Penerbit Bild berkata, langkah itu mungkin kecil pada pandangan wanita, tetapi tetap dianggap penting bagi mereka serta semua lelaki Jerman.
“Kakitangan lelaki Bild membuat keputusan itu ketika semua pekerja wanitanya diberi cuti sehari sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa,” katanya.
Bagaimanapun, ada kemungkinan siaran itu tidak ditamatkan sepenuhnya.
Kenyataan Bild menegaskan, mereka tetap mahu tampil secara “seksi pada masa depan,” tetapi dengan cara dianggap lebih moden dan terlindung, seperti menyiarkannya di bahagian dalam akhbar itu. - AP
No comments:
Post a Comment