Jom Buat Duit

Saturday, 10 March 2012

Ayu kini penyanyi lounge


SETAHUN menyepi, Juara One In A Million (OIAM) musim kedua, Norayu Damit atau Ayu, 23, yang muncul pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26), baru-baru ini cukup menarik tumpuan peminat dan wartawan.
Masing-masing tidak terlepas untuk mendekatinya dan bertanyakan cerita di sebalik ‘kehilangan’ selama hampir setahun daripada persada seni hiburan. Ayu nampak ceria dan mesra melayan sesiapa menegurnya berbeza dengan zaman awal kemunculannya dulu.

Lantas dengan kemunculan semula Ayu di depan kamera, satu sesi fotografi diatur untuknya di Balai Berita, baru-baru ini.

Kelihatan sedikit berisi selepas melahirkan anak kedua, Ayu akui dia semakin bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang ibu dan isteri.


“Saya bersyukur kerana suami saya (Syed Fauzi Syed Baharuddin) cukup memahami kerjaya seni saya dan memberi galakan. Saya masih aktif menyanyi malah baru saja merakamkan lagu,” katanya yang dikurniakan anak, Haikal, 2, dan Alya, tujuh bulan.

Apa yang sangat menarik, Ayu sudah hampir enam bulan menyanyi di Glass Lounge, Hotel Crowne Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Di situ ditemani seorang pemuzik berpe�ngalaman, Jeff yang bermain piano dan muzik program.

Tugas itu memang hebat kerana menguji kemampuan Ayu menyanyi secara ‘live’ setiap malam kecuali Isnin di depan pengunjung hotel itu yang rata-ratanya bukan Melayu termasuk pelancong asing.

Jelasnya, tawaran menyanyi di lounge itu atas cadangan seorang rakannya. Memandangkan enam bulan lalu dia kurang mendapat undangan persembahan, maka tawaran menarik itu terus diterimanya.

“Setiap malam saya perlu bersedia dengan 25 lagu untuk tiga sesi persembahan.
Bagi saya kepuasan menyanyi ‘live’ di lounge sangat berbeza kalau dibandingkan dengan platform lain.

“Saya puas kerana saya dapat memperbaiki ‘repertoire’ persem�bahan terutama lagu Inggeris baru dan lama. Ada lagu rancak dan perlahan. Tidak cukup dengan itu, interaksi de�ngan penonton juga harus dijaga kerana sudah tentu kehadiran mereka ke sana untuk bersantai dan berhibur. Ini bermakna saya kena lebih bertutur bahasa Inggeris kerana ramai juga pengunjung bukan Melayu.

“Dari segi ‘grooming’, sekarang saya buat sendiri. Kalau sebelum ini, jurumekap akan mengikut saya ke mana-mana pertunjukan pentas, sekarang saya kena berdikari,” katanya.

Masih lagi bernaung di bawah label Monkey Bone Records, Ayu bakal menghadiahkan peminat dengan sebuah album baru yang mengandungi enam ‘cover version’ Melayu.

Istimewanya, lagu berkenaan adalah himpunan karya balada yang pernah menjadi hit suatu ketika dulu.

“Enam lagu itu adalah Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon), Flora Cinta (Min Malik), Setia Kasih (Haleeda), Salam Buat Kekasih (Nadia), Dendam Dalam Diam (Nora) dan Penghujung Rindu (Jamal Abdillah).

“Dengan terhasilnya album ‘tribute’ ini, ia lambang penghormatan saya kepada penyanyi ‘senior’ yang hebat. Susunan muzik dibuat baru oleh Kuncidemak.

“Album ini menunggu masa untuk dilancarkan saja dan dijangkakan sekitar Jun nanti. Proses rakaman mengambil masa kira-kira sebulan namun tajuk album ini masih lagi dalam perbincangan.

“Harapan saya agar peminat akan dapat menerima cara nyanyian saya untuk lagu berkenaan. Usahlah terlalu membandingkannya dengan penyanyi asal,” pinta Ayu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters