Frances Yip
BARU-baru ini bertempat di Gold Cost Morib Resort diadakan konsert dua diva terkenal Hong Kong iaitu Frances Yip dan Long Piao Piao. Kehadiran mereka membangkitkan semula kenangan lama kepada peminat mereka.
Frances yang dilahirkan pada 1 Januari 1947 di Centrel, Hong Kong Island, Hong Kong mempunyai lebih 90 album dan dia pernah merakamkan lagu dalam bahasa Melayu antaranya Begawan Solo dan Rasa Sayang.
Kini pada usia 65 tahun, dia masih kelihatan muda dan bertenaga, malah suaranya masih mantap dan mampu menyanyikan lagu bernada tinggi. Rahsianya menjaga suara dengan mengamalkan minum air perahan buah-buahan dan bersenam untuk menyihatkan badan.
Pada konsert yang berlangsung selama sejam itu, Frances menyampaikan lebih 10 lagu popularnya, Shanghai Beach dan Widuri.
Piao Piao pula yang berasal dari Taiwan dan begitu popular di Hong Kong juga membuat persembahan di pusat peranginan itu sempena sambutan Tahun Baru Cina (TBC) lalu. Dia sememangnya terkenal dengan lagu sambutan TBC.
Sesi bertemu peminat bersama Piao Piao dan persembahannya mendapat sambutan hangat penonton. Seperti Frances yang mencipta sejarah tersendiri dalam dunia hiburan, Piao Piao pun sama hebatnya apabila dia juga pernah menghasilkan lebih 90 album.
Menurut penganjur kedua-dua konsert itu, Goh Yoke Leng, ini kali pertama Piao Piao mengadakan persembahan di Gold Coast Morib Resort dan dia amat menggemari makanan tempatan terutama masakan berasaskan makanan laut.
“Dia sangat sukakan pusat peranginan itu dan kebanyakan masa lapangnya dihabiskan dengan membaca buku. Dia juga mendapat ilham mencipta lagu untuk album barunya.
“Meskipun usianya sudah 52 tahun, suaranya masih bertenaga kerana sejak muda dia rajin bersenam dan tidak minum minuman keras kerana ia boleh merosakkan suaranya.
“Dia juga menasihatkan artis Malaysia jangan ambil dadah kerana ia hanya membawa keburukan dan membinasakan masa depan,” katanya.
Kedua-dua diva itu menerima hadiah kain songket daripada penganjur.
No comments:
Post a Comment