Jom Buat Duit

Saturday 4 February 2012

‘Datuk Maringgih’ meninggal dunia

JAKARTA: Aktor legenda Indonesia, Haji Incik Muhammad Damsyik atau HIM Damsyik meninggal dunia, semalam. Pelakon yang namanya mulai terkenal melalui peranan Datuk Maringgih dalam siri televisyen Siti Nubaya itu meninggal dunia pada usia 82 tahun.
Berita itu disahkan anaknya, Rinayanti.

“Ya, benar bapa meninggal jam 12.57 malam tadi,” katanya ketika dihubungi Detikhot, semalam.
Sebelum ini HIM Damsyik memang dirawat di Pusat Perubatan Metropolitan (MMC) di Kuningan, Jakarta. Dia dikatakan mengalami pengurangan daya tahan tubuh kerana sumsum tulang belakangnya tidak dapat menghasilkan antibodi. Sejak dirawat di hospital 12 Januari lalu, keadaan pelakon kelahiran Teluk Betung, Lampung pada 14 Mac 1929 itu semakin pulih.

Bagaimanapun, Tuhan lebih menyayanginya dan dia kembali kepada Yang Maha Pencipta. Urusan pengebumian jenazah pelakon itu dilakukan di kediamannya di Cinere, Jakarta Selatan. - Detikhot

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters