LONDON - Seorang pencuri dihukum penjara, 12 bulan selepas mengaku
bersalah merompak kediaman ibunya sendiri selepas diarahkan makhluk
asing atau alien.
John Michael Kirby, memberitahu di dalam Mahkamah Crown Teesside bahawa
makhluk asing itu menyuruhnya memecah masuk rumah mangsa dan mencuri
makanan untuk diedarkan kepada gelandangan.
Apabila hakim Recorder William Lowe bertanya sama ada Kirky, 29, mahu
mengatakan sesuatu mengenai pertuduhannya itu, dia menjawab, "tidak,
terima kasih."
No comments:
Post a Comment