Jom Buat Duit

Friday, 3 August 2012

Siti terkenang kisah Ramadan

SEJAK kali pertama menunaikan umrah pada bulan Ramadan beberapa tahun lalu, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 33, berdoa agar setiap tahun dia akan kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadat puasa di sana.
Doa yang dipanjatkan sekali lagi dimakbulkan Yang Maha Esa apabila pada 9 Ogos ini, wanita kaya sifat rendah diri itu bakal berangkat ke Makkah dan dijadualkan kembali ke tanah air sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pemergian bintang ternama itu turut ditemani suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 53.

“Hati Siti terpaut saat kali pertama berpeluang menunaikan umrah pada bulan Ramadan. Satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata dan hanya mereka yang pernah mengalaminya saja yang tahu.


“Di Makkah, kita tidak fikir hal lain melainkan beribadat. Masih segar dalam ingatan Siti berbuka puasa di Masjidil Haram walau hanya dibekalkan yogurt, roti dan kurma tidak seperti juadah di sini yang penuh meja tetapi ia sudah cukup mengenyangkan.

“Makanan yang sedikit itu rasanya sangat nikmat. Selain itu, kelebihan menunaikan solat di Makkah dijanjikan pahala berlipat ganda,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Jerat Percintaan itu.

Banyak perkara yang menggamit juara Bintang HMI 2005 itu setiap kali Ramadan.
Tidak hanya lambaian Makkah, perasaan Siti sering kali terkenangkan Allahyarham bapanya, Tarudin Ismail yang menyahut seruan Ilahi pada 15 Februari 2009.

Kenangan zaman kanak-kanak menjadi peniaga kuih juga antara yang manis. Setiap kali melewati bazar Ramadan, dia terbayang keseronokan menjual kuih dari usianya 11 hinggalah 15 tahun.

“Kehidupan berniaga di pasar Ramadan sebahagian daripada hidup Siti. Walaupun sudah lama Siti tinggalkan dunia peniaga kuih, namun Siti rasa seronok melihat orang ramai berniaga.

“Ia memberi kepuasan yang berbeza apabila orang sukakan juadah yang kita sediakan. Daripada hasil jualan selama sebulan, Siti dapat upah RM100. Mungkin RM100 untuk zaman sekarang ini tidak besar, namun zaman Siti, ia sudah cukup mewah.

“Setiap kali Ramadan juga, rindu Siti bertambah kuat buat arwah abah. Teringat masa kami kecil-kecil dulu, walaupun abah tidak bersahur, dia akan tetap bangun untuk menemani Siti dan adik-beradik. Seronok sangat keadaan masa itu.

“Mujurlah, Siti dapat suami yang suka bersahur, jadi sedikit sebanyak tidaklah Siti terasa sangat kehilangan abah,” katanya yang akan beraya di Kuala Lumpur pada pembuka Aidilfitri.

Selepas temu bual di Royale Suite Penthouse Hotel Berjaya, Kuala Lumpur, Selasa lalu, Siti terbabit dalam satu acara pelancaran koleksi eksklusif kosmetiknya iaitu Koleksi Bejeweled di hotel yang sama.

Koleksi Bejeweled terdiri daripada ‘powder foundation, kombinasi bedak dan bedak asas litupan wajah sempurna, ‘Dou Blusher’, pembayang kontur pipi dengan dual fungsi, ‘Multi Aye Color’ yang mempunyai kombinasi empat warna dalam satu pek untuk solekan mata sofistikated dan bersinar termasuk Lip Color.

Semua koleksi ini diilhamkan daripada permata dan dirumus khas dengan ‘jewlerry powder’ yang terdiri daripada unsur permata berlian, delima dan mutiara yang bermanfaat untuk kulit.

Sempena pelancaran Koleksi Bejeweld, SimplySiti bekerjasama dengan syarikat barang kemas berprestij Habib Jewels untuk peraduan ‘Find that Diamond In You’.

“Setiap pembeli bertuah yang mendapatkan koleksi terbaru ini boleh menghantar slogan ‘kecantikan saya terserlah dengan Bejeweled kerana.... tetapi Siti ingatkan pembeli agar menyebut jenama SimplySiti dan Habib Jewels dalam slogan mereka.

“Slogan yang menarik dan kreatif bakal memenangi set berlian bernilai sehingga RM70,000. Pemenang utama layak membawa pulang barang kemas bernilai RM25,000.
Cepat sertai sebelum tarikh tutup pada 18 Ogos nanti,” katanya.
 
Mak Iti tak pernah marah

FOTOGRAFI khas Harian Metro bersama Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K), kali ini turut membabitkan dua daripada empat anak tirinya iaitu Muhammad Ashraf, 20, dan Muhammad Aazief, 14.

Sementara menantikan beliau siap dirias, penulis mengambil kesempatan menemu bual Ashraf dan Aazief bertanyakan pandangan mereka mengenai Siti selama enam tahun menjadi ibu tiri mereka.

Seiring saja jawapan saudara kandung itu, enam tahun bintang ternama berkenaan mengahwini bapa mereka, sepanjang tempoh itu tidak pernah sekalipun Siti dilihat dalam keadaan marah atau melenting. Sifat tenang dan sabar Siti membuatkan mereka amat menghormati dan mengaguminya.

“Mak Iti seorang yang ‘chill’ dan ‘relax’. Tidak pernah marah dan penyabar.
Biar dengan orang gaji sekalipun, dia tidak pernah meninggikan suara,” kata Ashraf.

Aazief iaitu anak bongsu Datuk K pula menambah: “Dia seorang yang baik dan mempunyai kesabaran luar biasa. Bukan itu saja, Mak Iti saya sifatkan sebagai seorang pendengar dan penasihat yang baik. Saya tidak pernah rasa kekok untuk bercerita dengan Mak Iti kerana dia boleh menerima apa saja isu yang diperkatakan.”

Memilih persalinan merah cili dan ‘maroon’ lengkap bersamping, Ashraf dan Aazief, antara anak Datuk K yang paling rapat dengan Siti yang dipanggil mereka Mak Iti sehinggakan pada majlis penting membabitkan karier ibu tiri mereka, Ashraf dan Aazief pasti hadir memberi sokongan.

Malah, mengimbas kembali detik bersejarah Siti dan Datuk K disatukan pada tanggal 21 Ogos 2006, pernah wajah comel Ashraf menambat umum kerana kepetahannya serta sikap terbuka menerima dan merestui perkahwinan ayahnya dan Siti.

“Sebagai anak, wajib untuk kami menghormati Mak Iti sebagai ibu tiri. Selama berkahwin, dia buat ayah kami gembira dan itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa kasih pada Mak Iti.

“Dia juga tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh mengguris perasaan kami.
Contohnya, dia tidak pernah cuba untuk mengambil peranan ibu kandung kami.

“Iya, sekali sekala Mak Iti akan belanja makan atau beri hadiah berbentuk barangan namun untuk sesetengah perkara, misalnya berkaitan hari raya misalnya, dia selalunya serahkan pada ayah dan ibu kami untuk tentukan.

“Sikap Mak Iti yang lain disenangi, dia seorang yang mengambil berat. Dulu badan Ashraf agak berisi dan dia selalu bagi kata-kata semangat kepada Ashraf untuk menurunkan berat badan,” akui Ashraf.

Selain Ashraf dan Aazief, dua lagi anak hasil perkahwinan Datuk K dan bekas isteri, Tengku Zawiyah Tengku Izham ialah Muhammad Anas (24) dan Muhammad Adib (21).

myMetro


No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters