PROFESOR Sains Alam Sekitar Institut Teknologi
California, Michael Hoffman menunjukkan tandas ciptaan pasukannya yang
memenangi hadiah Gates di kampus Yayasan Bill dan Melinda Gates di
Seattle kelmarin.
SEATTLE - Lelaki kedua terkaya di dunia, Bill Gates (gambar kecil)
sebelum ini mencari tandas yang dicipta dengan menggunakan kuasa solar
untuk negara-negara membangun.
Pencarian itu akhirnya berakhir apabila beliau memberikan hadiah
kemenangan sebanyak AS$100,000 (RM312,688) kepada Institut Teknologi
California kelmarin dalam pertandingan mencipta tandas tersebut.
Tandas itu mengitar semula air dan menjadikan najis manusia menjadi
gas hidrogen yang boleh disimpan untuk tujuan membekalkan tenaga.
Pengasas bersama syarikat perisikan komputer Microsoft Corporation
itu menganjurkan projek memilih tandas untuk negara-negara membangun di
kampus yayasannya di sini.
Yayasan Gates turut mengumumkan dana sebanyak AS$3.4 bilion (RM10.63 bilion) untuk projek tandas tersebut.
Antara ciptaan yang dipamerkan itu ialah mentransformasikan bahan kumbahan manusia menjadi elektrik.
Tandas yang berfungsi dengan menggunakan pedal mekanikal dan sistem
rantai hasil ciptaan kumpulan Fundacion In Terris dari Ecuador turut
menjadi tumpuan pada pertandingan itu. - Agensi
No comments:
Post a Comment