Jom Buat Duit

Sunday, 19 February 2012

Whitney Dalam Ingatan

PEMINAT menandatangani buku takziah Whitney sebagai  penghormatan terakhir kepada penyanyi itu.
PEMINAT menandatangani buku takziah Whitney sebagai penghormatan terakhir kepada penyanyi itu.
BOBBI Kristina tiba di rumah pengurusan mayat Whigham diiringi pegawai keselamatan, semalam.
BOBBI Kristina tiba di rumah pengurusan mayat Whigham diiringi pegawai keselamatan, semalam.

NEW JERSEY: Ibu penyanyi Whitney Houston, Cissy dan anak perempuannya, Bobbi Krsitina mengetuai ahli keluarga dan teman rapat dalam resepsi penghormatan terakhir kepada penyanyi itu di rumah pengurusan mayat Whigham di Newark, semalam.
Cissy, 78, dengan linangan air mata tiba di rumah pengurusan mayat itu menyertai teman rapat dan saudara-mara untuk memberi penghormatan terakhir kepada anaknya itu.

Bobbi yang muncul kali pertama di khalayak ramai sejak dimasukkan ke hospital selepas kematian ibunya hadir dengan memakai kaca mata hitam. Menurut laporan Hollywood.com, remaja berusia 18 tahun itu akan tinggal bersama neneknya selepas ini.
Selain saudara-mara dan teman rapat, sejumlah besar peminat penyanyi itu turut berhimpun di luar rumah mayat berkenaan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.

Peminat yang berhimpun berpeluang menandatangani buku takziah Whitney dan memberikan pelbagai hadiah, termasuk bunga, belon dan anak patung.

Teman rapat Whitney, Dionne Warwick, mentor dan rakan sepanjang hayatnya, Clive Davies dan teman lelakinya Ray-J serta adiknya Brandy antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir mereka. Aktor Kevin Costner yang berlakon di samping penyanyi terbabit dalam filem The Bodyguard pada 1992 turut hadir untuk memberi ucapan dalam upacara pra-pengebumian petang semalam. Antara penyanyi yang membuat persembahan dalam majlis selamat tinggal pra-pengebumian itu, termasuk Alicia Keys, Stevie Wonder dan ibu baptis Whitney, Aretha Franklin.

Bekas suami penyanyi itu, Bobby Brown turut menerima undangan walaupun keluarga Whitney bimbang Brown akan menuntut harta peninggalan bekas isterinya itu yang dianggarkan bernilai AS$31 juta (RM125 juta). Majlis pra-pengebumian secara tertutup selama 90 minit itu berlangsung di Gereja New Hope Baptist di New Jersey, di mana bakat nyanyian Whitney mula ditemui ketika usia remajanya. Whitney akan dikebumikan di kawasan perkuburan Fairview bersebelahan dengan bapanya, John Russel Houston yang meninggal dunia pada 2003. - DM/AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters