LONDON: Pemain bola sepak Thierry Henry merancang untuk membina akuarium gergasi di kediaman mewahnya.
Dengan ketinggian 40 kaki dari bawah hingga tingkat atas kediamannya, ia memerlukan 5,500 gelen air untuk diisi dan akan dihuni oleh 300 ikan serta memerlukan kos perbelanjaan sebanyak 250,000 pound (RM1.25 juta) untuk binaannya. Bekas penyerang Arsenal itu mencetuskan kontroversi apabila dia bercadang untuk merobohkan kediamannya yang bernilai 5.9 juta pound (RM29.5 juta) di utara London - yang siap pada 1999 dan disifatkan sebagai satu daripada contoh terbaik seni bina moden di Britain dan menggantikannya dengan kediaman lebih besar. Rancangannya itu termasuk membina akuarium mewah empat tingkat. Dengan kos pembinaan yang tinggi, tangki sepanjang 15 kaki dan tiga kaki lebar itu memerlukan Henry memperuntukkan 12,000 pound (RM60,000) setahun untuk penyelenggaraannya, termasuk pembersihan mingguan dengan kos 50 pound (RM250) sejam. Bil tahunan untuk makanan ikan saja dianggar bernilai 2,500 pound (RM12,500). Pemain bola sepak Perancis itu yang muncul dalam iklan televisyen “va-va-voom” untuk syarikat kereta Renault - adalah selebriti terbaru yang sebaris dengan selebriti seperti Madonna, pasangan Beckham, Cher dan pemain bola sepak Liga Perdana Stephen Ireland serta Joe Hart dan Micah Richards yang mempunyai hasrat membina tangki ikan yang mewah. Ireland dilaporkan membelanjakan lebih 100,000 pound (RM500,000) ke atas akuarium berukuran 13 kaki miliknya, dan kini dipercayai merancang untuk membina tangki jerung di bawah lantai dapurnya. Namun, akuarium versi Henry membuatkan tangki ikan mereka begitu kerdil.
Akuarium Henry akan dibina dengan empat tangki berasingan, sebuah tangki untuk setiap tingkat kediamannya.
Setiap tangki akan dibuat daripada kaca dan akan memberikan gambaran seperti sebuah akuarium gergasi - tetapi lebih murah untuk dibersih, dikendali dan diselenggara berbanding dengan binaan satu tangki. Seorang pakar berkata, bil setahun RM60,000 untuk pemanasan, pembersihan dan lampu bagi tangki itu hanya sebahagian daripada 80,000 pound (RM400,000) yang diperlukan untuk kos menyelenggara sebuah tangki besar. - DM
No comments:
Post a Comment