Jom Buat Duit

Monday, 20 February 2012

Benigno ingin kahwin


MANILA: Presiden Filipina, Benigno Aquino masih berharap untuk mendirikan rumah tangga dan yakin perkahwinan itu akan menjadikannya pemimpin yang lebih baik.
Benigno yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-52 bulan ini dan baru-baru ini mengesahkan beliau berpacaran dengan wanita Korea Selatan berkata, dia berusaha mencari wanita untuk dijadikan isteri sejak beberapa tahun lalu tetapi tidak menemui yang sesuai.

“Saya sudah sekian lama merancang, sejak belajar di kolej lagi. Tetapi nasib sentiasa tidak menyebelahi saya.
“Dengan beban kerja di pejabat, jika ada seseorang yang boleh menyabarkan anda, seseorang yang boleh memberitahu anda, ‘Kamu sudah melakukan yang terbaik,’ ia sudah pasti akan menjadi sumber inspirasi utama,” kata Benigno.

Pemimpin Filipina itu, anggota antara keluarga paling kaya di Filipina, di kaitkan dengan beberapa wanita yang jauh lebih muda daripadanya sejak beberapa tahun lalu.

Beliau mengesahkan berpacaran dengan personaliti media Korea Selatan, Grace Lee, 29, baru-baru ini.

Grace yang berhijrah ke Filipina ketika kanak-kanak, menjadi pengacara bersama satu program radio di Manila di samping beberapa rancangan televisyen.

Pemimpin Filipina itu berkata tahun lalu, beliau bercadang untuk kekal bujang hingga penggalnya selaku presiden berakhir pada pertengahan 2016 kerana tuntutan kerjanya yang terlalu besar.
Bagaimanapun, seorang kakaknya berkata pada hujung 2010, Benigno berpacaran dengan sekurang-kurangnya tiga wanita sepanjang tempoh beliau menjadi presiden. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters