PASANGAN pengantin baharu, Andhika Pratama dan Ussy Sulistyawati sedang menikmati masa indah.
Malah kedua-duanya tidak berasa segan bercerita tentang pengalaman masing-masing yang masih dalam fasa mengenali setelah bernikah.
“Kebiasaannya tidur sahaja. Kalau waktu belum menikahkan belum pernah tidur sekali. Sekarang saya tahu bahawa dia berdengkur ketika tidur. Terus dia kata saya tidur pula dengan mata terbeliak,” ucap Ussy ketawa.
Andhika juga banyak mengetahui rahsia Ussy. Katanya, Ussy suka memakai baju tidur dan minyak telon selepas mandi.
“Selalunya orang baru nikah pakai baju lingerie tapi dia pakai baju kelawar,” ucap Andhika.
Pasangan yang bernikah pada 21 Januari lalu masih merasakan seperti zaman berkasihan walaupun sudah berstatus suami isteri.
No comments:
Post a Comment