Jom Buat Duit

Tuesday 20 March 2012

Wanita dipinggir

ASPEK pembangunan bola sepak wanita tidak diberi perhatian sewajarnya oleh FAM. - Gambar hiasan

PERSATUAN Bola Sepak Wanita Malaysia (PBSWM) kecewa kerana terus dipinggirkan oleh badan induk sukan bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden PBSWM, Tunku Ellie Badariah Tunku Ahmad berkata, Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita, Tan Sri Annuar Musa memulakan langkah bagi membangunkan semula skuad wanita namun tidak mendapat reaksi positif daripada FAM.

“Pada 2009, Annuar telah memberikan senarai nama anggota Jawatankuasa PBSWM yang baharu kepada FAM, tetapi sehingga kini kami tidak menerima apa-apa maklum balas atau panggilan untuk mengadakan perjumpaan tentang persatuan bola sepak wanita kebangsaan,” katanya semalam.
Beliau berkata, tanpa sokongan FAM, hasrat Annuar yang menetapkan tempoh empat tahun mulai akhir tahun lepas bagi membentuk kembali skuad bola sepak wanita kebangsaan tidak akan tercapai.

Tunku Ellie yang juga pengasas persatuan itu telah hampir separuh abad berusaha membangunkan sukan bola sepak wanita supaya ia terus bergerak sama seperti bola sepak lelaki di negara ini.
“Saya berharap sukan bola sepak wanita dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti mana bola sepak lelaki di Malaysia,” katanya.

Tunku Ellie berkata, beliau aktif membangunkan sukan itu apabila menubuhkan Persatuan Bola Sepak Wanita Negeri Sembilan pada 1956 sebelum memperluaskannya ke Melaka, Johor, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters