Jom Buat Duit

Monday 19 March 2012

Metal Camp 5 lebih gempak!


TANPA sebarang publisiti, penganjuran KL Metal Camp IV tahun lalu tetap berjaya melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan ribuan peminat. Apa yang penting, ia berjaya menghidupkan semula semangat ‘orang lama’ seperti Sofea/SYJ.
Penampilan istimewa gitaris legenda, Karl daripada Cromok sedikit sebanyak berjaya mengubat kerinduan peminat terhadap kumpulan ini. Malah kemunculan As-Sahar, Damokis, Kazanna, Voltan dan Scum juga berjaya menarik perhatian peminat muzik.

Boleh dikatakan Metal Camp menjadi acara tahunan yang dinantikan peminat. Untuk itu, Metal Camp V yang berlangsung tahun ini pastinya dinantikan. Ramai yang ternanti-nanti apakah penganjurnya iaitu ‘Thy Syndicate’ dan ‘Nebiula Productions’ cuba mencipta kelainan berbanding sebelumnya atau masih berada di takuk lama?

Pertanyaan ini terjawab apabila jawapannya sudah tersebar menerusi laman sosial facebook. Kali ini artis yang diundang menjayakan persembahan bukanlah calang-calang namanya. Siapa yang tidak kenal kumpulan Bloodshed yang popular dengan lagu Srikandi Cintaku ciptaan Datuk M Nasir, diasaskan pada 1985.


Jurucakap penganjur Jaie Sil Khannaz berkata, Bloodshed adalah satu perintis muzik rock Melayu yang mencetuskan gelombang muzik rock di Malaysia pada 1980-an. Sehingga kini, mereka dianggap sebagai band legenda dan menjadi ikon kumpulan lain.

“Sejarah artis berkumpulan bermula pada awal tahun 1980-an, dengan menyaksikan kumpulan rock membuat kemunculan sulung di Malaysia. Bloodshed yang berasal dari Kajang, ditubuhkan pada tahun 1983 hasil gabungan kumpulan Patrol dan Speed Sound. Mereka banyak beraksi di kelab-kelab malam antaranya Rooster Red Rock Club dan Hard Rock Cafe Damansara.

“Kami percaya kemunculan Bloodshed yang dulunya banyak menyertai pertandingan ‘Battle of the Bands’ bersama SYJ, Ella and The Boys, Lefthanded dan Rahim Maarof & Whitesteel ditunggu peminat. Tentunya mereka merindui lagu Samarkand dan Srikandi Cintaku.

“Selepas kejayaan ini, penyanyi utamanya, Rosdan Baharom, keluar dan menubuhkan kumpulan metal bernama Punisher, menyaksikan Bloodshed mengambil penyanyi baru bernama Mohd Farid Ali dan menukar nama kepada Blackshed.

Kumpulan ini hanya bergabung kembali pada 2008 dengan gabungan line asal dan baru dan menghasilkan single pertama, Manifestasi Cinta,” katanya.

Tambahnya lagi, KL Metal Camp V yang bakal berlangsung 29 April depan, ternyata tidak menghampakan peminat metal tempatan apabila menjemput kumpulan Koffin Kanser yang terkenal dengan muzik Nu-Metal dan reggae Bob Marley yang diterajui Aru.

Dia adalah pengasas kumpulan itu sejak 1996. Lain-lain kumpulan yang akan beraksi ialah Infectious Maggots, Hayagriva dari Ipoh, Sarjan Hassan, Lobotomy dan D.R.I.

KL Metal Camp V akan berlangsung di Stadium Chin Woo di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur dan tiket untuk menyaksikannya dijual dengan harga RM65 (earlybird), RM70 (presale) dan RM80 (door).

Peminat boleh membeli tiket di kedai Nebiula Heavy Metal, Kompleks Campbell, Kuala Lumpur; Khakan Production, Ipoh; RDL Distro, Johor Bahru dan Dead Beat Shop, Pulau Pinang.

Mereka juga boleh mendapatkan keterangan lanjut menerusi facebook dengan menaip Kuala Lumpur Metalcamp 5.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters