Jom Buat Duit

Monday 19 March 2012

Rekaan ‘avant-garde’ penyeri bintang

BAHANG Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sememangnya dinanti-nanti ramai pereka fesyen tempatan termasuklah sekumpulan pereka kreatif yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘5stars Designer’.
Mereka membawa jenama bergelar Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Hazwani, Nik Erwan Roseli dan Zery Zamry. Boleh dikatakan hampir semua artis popular di Malaysia mengenali mereka.

Namun bagi acara kemuncak kali ini yang bakal berlangsung pada 8 April di Arena of Stars, Genting Highlands, Nik Erwan Roseli tidak berkesempatan turut serta kerana tuntutannya sebagai bakal graduan bagi peringkat sarjana dalam jurusan fesyen.

Mengakui terasa janggal tanpa kehadiran Nik Erwan, mereka tetap teruja dengan penganjuran ABPBH2011 apabila tema ‘Larger Than Life’ dipilih. Tema itu sejajar sambutan jubli perak (25 tahun) anugerah paling popular itu.


Tema ‘Larger Than Life’, menurut istilah fesyen membawa tafsiran sesuatu yang sangat istimewa dan besar pengaruhnya sebagai contoh ‘avant-garde’. Jika dalam bahasa Melayunya boleh diguna adi busana.

Konsep sebegini begitu digemari kebanyakan pereka fesyen kerana ia tiada had dan batasannya bagi bermain ruang imaginasi. Mereka boleh melakukan apa saja pada fabrik asalkan nampak unik, ‘stailo’ dan mewah.

Untuk tahun ini, Rizman Ruzaini jenama yang menggabungkan nama dua sahabat karib menghasilkan rekaan untuk Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Fasha Sandha, Nur Fazura, Rozita Che Wan dan Ziana Zain.

Hatta Dolmat pula dipertanggungjawabkan mereka adi busana bagi Erra Fazira dan kumpulan Forteen sementara Alyah akan memperagakan gaun rekaannya menerusi segmen persembahan.

Hatta yang lebih cenderung menghasilkan baju untuk artis wanita, kali ini cuba mencabar diri mencipta sut buat artis lelaki.

Sementara Hazwani pula, membawa kelainan dalam penggayaan Siti Nurhaliza serta Shila Amzah bagi acara persembahan. Tidak ketinggalan memperagakan rekaannya adalah Faizal Tahir, Anzalna dan anggota Sixth Sense.

Paling pemalu antara mereka adalah Zery Zamry. Akui Zery, dia sangat gementar namun pada masa sama, begitu teruja kerana buat pertama kali diberi kepercayaan untuk mereka pakaian artis pujaannya, Ziana Zain yang diminati sejak remaja lagi.

Selain Ziana, Zery berbangga tahun ini, pengacara Fara Fauzana serta artis muda berbakat Shiha Mentor dan Chad Hot FM akan memperagakan sentuhannya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters