Jom Buat Duit

Wednesday 22 February 2012

Cantona, isteri jadi duta pakaian sukan



PARIS: Bekas bintang bola sepak Perancis dan Manchester United, Eric Cantona, kini dilantik sebagai duta produk pakaian sukan pertama daripada jenama The Kooples.
Dikenali sebagai pengeluar pakaian yang sentiasa membawa identiti Perancis dalam setiap produknya, The Kooples melancarkan koleksi pakaian sukannya baru-baru ini.

The Kooples memilih bekas penyerang MU berusia 45 tahun itu untuk digandingkan dengan isterinya, Rachida Brakni, bagi mempromosi produk syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, riak muka Cantona kelihatan kurang ceria berbanding Rachida, 35, yang bersahaja. Gambar itu diiringi kata-kata “Eric dan Rachida berpasangan selama 10 tahun” mengesahkan status romantik mereka selama ini. - ST

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters