Jom Buat Duit

Friday, 10 August 2012

Remaja mengaku rogol kanak - kanak 7 tahun

KUANTAN - Seorang remaja bawah umur  dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan merogol kanak-kanak berusia 7 tahun dalam satu kejadian di Pantai Sungai Ular, Februari lalu.

Dalam sebutan yang berlangsung secara tertutup di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah itu, remaja berasal dari Kampung Chendor Tengah, Beserah dekat sini  mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilah Md Ali.
Bagaimanapun mahkamah menetapkan 12 September depan sebagai tarikh sebutan laporan akhlak sebelum sebarang perintah dikeluarkan ke atas remaja terbabit.
Sementara menunggu tarikh itu, remaja yang baru berusia 16tahun ini dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM3,000.

Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja terbabit didakwa merogol mangsa di kawasan Pantai Sungai Ular kira-kira jam 6.45 pagi 10 Februari lalu.
Susulan laporan itu, dia  berjaya ditahan pada hari yang sama sebelum dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 sebatan.

Remaja yang hadir bersendirian tanpa diwakili peguam atau ditemani ahli keluarga itu menjerit memarahi juru gambar akhbar yang merakam kelibatnya ketika diiringi polis ke lokap.

Sinarharian

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)