Jom Buat Duit

Friday 10 August 2012

Mayat lelaki dalam kebun

 Sekadar Hiasan

GALI TENGAH - Seorang lelaki warga asing ditemui mati tertiarap dalam sebuah kebun buah-buahan dekat Kampung Gali Tengah, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Superintendan Azhar Abdul Rahman berkata, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh seorang wanita.
Menurutnya, lelaki terbabit dipercayai warga Myanmar yang bekerja di kebun berkenaan dan semasa ditemui, mayatnya dalam keadaan tertiarap, manakala terdapat kesan tetakan di bahagian depan kepalanya.

“Terdapat juga kesan darah kering di bawah badan mangsa yang turut dihurung lalat dan siasatan mendapati satu ‘cop’ sawit mempunyai kesan darah pada bahagian hujungnya.
“Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan tidak memakai baju dan hanya berseluar,” katanya.
Azhar berkata, rakan si mati yang juga warga Myanmar gagal dikesan sehingga kini bagi membantu siasatan.

Katanya, Unit Forensik dan Patalogi dipanggil bagi menyiasat keadaan mayat sebelum dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
“Buat masa ini kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian kilat polis Raub menerusi 09-3554999 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sinarharian

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters