Tahniah MH Online ucapkan buat penyanyi Rini yang baru sahaja selamat
melahirkan bayi sulungnya di Hospital Putrajaya pada jam 10.10 pagi
tadi. Bayi comel yang diberi nama Maryam Joanna binti Johanis ini
dilahirkan secara pembedahan kerana beratnya mencecah 4.25kg.
Menurut Rini pengalaman bersalin kali pertama adalah sesuatu yang baru
dan cukup bermakna buat dirinya. "Pertama kali tengok wajah anak, saya
menangis terharu sebab dia selamat dan berada dalam keadaan sihat.
Sekarang, baru saya faham bagaimana perasaan seorang ibu yang melahirkan
anaknya. Suami juga kelihatan teruja bergelar ayah. Lebih menarik,
sebaik saja lahir, 'baby' kami sudah pandai menyusu badan," ujar Rini
yang mengakui sedih tidak dapat menikmati juadah raya tahun ini kerana
perlu berpantang.
Sepanjang berada di hospital Rini turut ditemani suami dan kembarnya
Rina yang juga dijangka akan bersalin pada bulan Oktober tidak lama
lagi.
MH
No comments:
Post a Comment