Jom Buat Duit

Saturday, 4 February 2012

ti Irma Hasmie Ibrahim - Hayasambutan Maulidur Rasul

pix_middle
pix_topright

MANUSIA bukan saja memerlukan santapan fizikal bagi memperoleh tubuh yang sihat tetapi juga santapan rohani untuk mencapai keseimbangan di dunia dan akhirat.
Justeru, Irma Hasmie Ibrahim, 30, tidak pernah membiarkan dirinya kosong kerana kekosongan itu boleh membuatkan hatinya resah gelisah. Setiap masa dia membasahkan bibirnya dengan berzikir serta berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
“Janganlah hanya tibanya Maulidur Rasul barulah kita mengingati Rasulullah s.a.w. sebaliknya kita mesti mengingatinya pada setiap hari. Baginda adalah idola yang sebenar yang perlu kita contoh sifat mulia dan pengorbanannya terhadap agama Islam.

“Baginda sangat menyayangi umatnya sehingga saat baginda akan menghembuskan nafas yang terakhir. Bibirnya hanya menyebut, umatku... umatku,” katanya.


Anas bin Malik juga pernah berkata, apabila roh Rasulullah s.a.w. sampai ke dadanya baginda bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang sudah diperintahkan ke atas atasmu.”

Sewajarnya kita hendaklah berselawat ke atas baginda tak kira di mana kita berada.

Begitulah juga Irma kerana setiap kali memandu keretanya menuju ke pejabat atau balik rumah, dia akan tergerak hati untuk berselawat.

“Daripada kita marah atau mencerca pemandu yang lain, lebih baik kita mengingati Rasulullah s.a.w. kerana sesungguhnya ia mampu memberi ketenangan pada kita,” katanya.

Malah Irma masih ingat apa yang dipelajarinya dulu, ketika nyawa Nabi Muhammad s.a.w. mahu dicabut malaikat Jibrail, baginda memberitahu malaikat itu betapa dahsyatnya rasa mati dan baginda sanggup untuk menanggung kesakitan setiap umatnya yang sedang menghadapi kematian.

Apa yang jelas, membaca sejarah Rasulullah s.a.w. dari zaman kanak-kanak sehingga saat kematiannya, ia begitu memberi keinsafan kepada Irma. Hatinya tambah sayu apabila tatkala dia sempat menziarahi makam Rasululah s.a.w. di Madinah ketika mengerjakan umrah, tahun lalu.

“Berdiri di sisi makam baginda, terbit rasa rindu kepadanya. Saya terbayangkan kalau saya dapat hidup sezaman dengannya, alangkah bahagianya. Semua sahabat baginda dapat merujuk terus segala masalah dan kemusykilan kepadanya.

“Namun sudah ditakdirkan kita hanya menjadi umatnya tetapi masih boleh mengikuti segala sunnah dan ajaran yang baik itu. Saya sangat bernasib baik kerana pada tahun ini saya dapat menyambut Maulidur Rasul dalam keadaan yang tersusun, apatah lagi tahun ini saya terbabit dengan program khas anjuran TV AlHijrah.

“Sempena menyambut Maulidur Rasul, esok (Ahad), TV AlHijrah akan mengadakan program Cinta Masjid mulai hari ini bertempat di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur,” kata Irma.

Pelbagai acara dianjurkan dan ia terbuka kepada orang ramai. Irma yang juga pengacara program Assalamualaikum akan ke udara secara langsung dari sana.

Acara lain sepanjang hari ini dan esok adalah Kelas Pengurusan Jenazah, Pertandingan Nasyid, Pertandingan Mewarna, Raptai KL Berselawat, Pertandingan Khat, Kelas Fardu Ain, Pertandingan Azan, Sesi Bersama Ustaz Don, Majlis Pelancaran Program Cinta Masjid, Sesi Bersama Hos TV Al-Hijrah dan Pertandingan Memakai Hijab.

Turut diadakan Sesi Bersama Wan Kamaruddin (Khidmat Syariah), Qasidah Bergendang oleh Ratib Hadad, Majlis Gotong-Royong Kenduri, Tazkirah, Kuala Lumpur Berselawat (Siaran Langsung), Program Dikir Zikir (Siaran Rakaman) dan acara kemuncak Perarakan Maulidur Rasul.

“Selama dua hari saya akan berada di masjid itu dan insya-Allah, saya akan menyertai program yang sudah diatur. Marilah kita bersama-sama meraikan sambutan Maulidur Rasul kerana ia hari yang lebih mulia daripada hari biasa. Tunjukkan rasa kasih dan cinta kepada kekasih Allah SWT itu,” katanya.



Diintai insan bukan anak seni

SELAMA ini nyata hijrah yang dilakukan Irma apabila memakai tudung mendatangkan banyak keberkatan kepadanya dalam bidang seni. Dia akui masih berlakon dan dia beruntung kerana industri hari ini bersikap terbuka dalam menerima perubahan pelakon bertudung.

Apa yang utama, jalan cerita dan watak yang ditawarkan kepada Irma juga sesuai dengan imej terbarunya.

“Tiada apa yang berubah dari segi tawaran. Ramai pengarah masih panggil saya berlakon. Kalau kita mengikut segala perintah Allah s.w.t. tiada apa yang perlu dibimbangkan. Saya rasa sekarang hidup saya lebih baik, hati tenang apabila bekerja dan tiada masalah dengan orang sekeliling. Semua ini juga datang daripada rezeki Tuhan, jadi saya amat mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t. berikan,” katanya.

Irma baru saja selesai penggambaran telefilem untuk siaran TV3, bertajuk Jujur Aku Dayus lakonan bersama Nora Danish (Lisa) dan Beto Khusyairi (Edry). Ia mengenai kisah cinta dan pengorbanan.

Namun dalam dunia realiti, bekas kekasih Nabil Raja Lawak ini masih belum temui pengganti. Pada usia mencecah 30 tahun, Irma akui berhasrat untuk menamatkan zaman solonya secepat mungkin tetapi belum temui yang sesuai di hati.

“Memang ada yang ingin mengenali saya tapi belum ada yang betul-betul berkenan di hati. Kali ini dia orang luar, bukan daripada kalangan orang seni dan hiburan. Saya tidak pernah serik nak cinta dengan artis. Apapun saya pasrah.

“Walaupun jodoh itu ketentuan Allah s.w.t. tapi kita kena juga berusaha. Dalam pada itu, kita harus berdoa semoga dipertemukan dengan insan yang baik dan soleh,” katanya.

Irma yang juga duta tudung jenama D’haja serta produk kecantikan dan kesihatan untuk wanita, Femina, kini sedang menyiapkan buku motivasi bersama rakan karibnya yang akan dilancarkan pada Pesta Buku Kuala Lumpur Antarabangsa menjelang April ini.


Trivia Irma

  • Selalu beli tudung
    Di Butik D’Haja di Seksyen 7 Shah Alam.
  • Novel terkini yang dibaca
    Biografi Rasululllah s.a.w tulisan Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari.
  • Juadah terkini yang sempat dimasak
    Ayam goreng minggu lalu.
  • Binatang yang paling geli
    Kumbang kerana kalau melekat pada baju, susah nak tanggal kerana kakinya berduri.
  • Filem P Ramlee yang paling diminati
    Labu Labi dan Madu Tiga.
  • No comments:

    Post a Comment

    Klik Untuk Saya k... :)

    free counters