Jom Buat Duit
Sunday, 12 February 2012
Kecewa dengan konflik di dunia dorong Angelina tulis skrip filem
BERLIN: Aktres Angelina Jolie, semalam berkata selepas kisah perang Bosnia, Afghanistan menjadi pilihan pelakon itu untuk filem seterusnya.
Bercakap ketika mempersembahkan filem arahannya “In the Land of Blood and Honey” mengenai kisah perang Bosnia dalam Festival Filem Berlin, ikon Hollywood itu berkata, dia ingin menggunakan kamera sebagai medium untuk perdamaian.
“Saya menulis banyak jurnal ketika mengembara sejak 10 tahun lalu melihat konflik di seluruh dunia dan kecewa kerana kurangnya campur tangan,” kata pemenang Oscar berusia 36 tahun itu.
“Jadi, saya pergi ke rantau yang terbabit dan melihat sendiri keadaan sebenar yang berlaku di Bosnia, tetapi saya tidak dapat memahami dan mentafsirkannya. “Saya fikir perang itu berlaku pada zaman saya, jadi saya perlu tahu lebih mendalam mengenainya. Maka, saya mencari maklumat terperinci dan membuat penyelidikan mengenai perang itu,” katanya. Angelina yang menjawat jawatan sebagai duta muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berkata penyelidikannya memberi ilham untuk dia mula menulis skrip mengenai perang yang berlaku pada 1992 hingga 1995 itu. Filem arahan Angelina itu diterbitkan dalam bahasa Bosnia dan Inggeris. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment