|
LOS ANGELES - Pelakon filem Terminator, Arnold Schwarzenegger baring di atas katil di sebelah pelakon sasa, Sylvester Stallone di sebuah hospital di sini pada Selasa lalu.
Kedua-dua pelakon itu menerima rawatan akibat kecederaan kerana melakonkan aksi lagak ngeri dalam filem lakonan mereka.
Schwarzenegger, 64, menerima rawatan di bahunya sama seperti Stallone yang berusia 65 tahun.
Gambar yang menunjukkan kedua-dua pelakon berbaring disiarkan di laman blog Schwarzenegger.
Menurut Schwarzenegger, mereka mendapatkan rawatan selepas kedua-duanya berlakon dalam filem The Expendables 2 dan The Last Stand.
Kedua-dua-dua pelakon itu memang terkenal dengan aksi lagak ngeri dalam filem-filem tahun 1980-an. - Agensi
No comments:
Post a Comment