LANTARAN terlalu sibuk melompat dari satu lokasi ke lokasi lain,
Sonakshi Sinha atau Sona yang baru menyambut ulang tahun ke-25
memberitahu dia tak punya waktu untuk bercinta.
"Saya terlalu sibuk dan memberi fokus terhadap karier sampai tak
sempat nak bercinta," ujar Sona yang baru selesai menjalani penggambaran
lima buah filem selain terbabit dengan penggambaran iklan komersial.
Ujarnya lagi, dia kadangkala tidak mempunyai masa untuk diri sendiri,
terutamanya sejak lapan hingga 10 bulan kebelakangan ini lantaran
terlalu sibuk bekerja.
Mujur baru-baru ini, dia sempat meraikan ulang tahun dirinya itu bersama keluarga.
"Saya memang akan meraikan ulang tahun saya bersama keluarga dan
teman rapat pada setiap tahun. Ia hanya sesi makan malam yang ringkas,"
ujar aktres tersebut.
Dalam pada itu, Sona juga berharap kariernya akan terus berkembang pada masa akan datang.
Ujarnya: "Saya mahu berlakon dalam filem yang lebih baik, mendapat
karakter yang lebih mencabar dan menjadi aktres yang serba boleh."
Sepanjang tahun ini, Sona bakal muncul menerusi empat buah filem
dengan dua daripadanya menyaksikan gandingan dirinya bersama Akshay dan
masing-masing sebuah filem bersama Ajay Devgan dan Salman Khan.
No comments:
Post a Comment