TAIPEI: Pihak berkuasa Taiwan berkata, mereka menyiasat seorang
lelaki yang dikatakan mengikat ibunya dengan tali sebelum dibawa
‘berjalan,’ menyebabkan kemarahan orang ramai apabila kelakuannya
dirakam dan dimuat naik dalam Internet.
Video itu banyak ditonton di Taiwan dan China, menunjukkan seorang
wanita tua mencangkung di kaki lima dengan tali diikat di pinggang.
Dalam video itu wanita yang tidak boleh mengimbang badan, sering
terjatuh dan lelaki itu dipercayai anaknya tidak langsung membantu
ibunya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam kenyataan berkata, mereka akan
melawat wanita tua walaupun anak lelakinya menafikan mendera beliau -
AFP
No comments:
Post a Comment