Jom Buat Duit

Saturday 17 March 2012

Zumi Zola nikah pemain biola


JAKARTA: Aktor yang juga Ketua Daerah Tanjung Jabung Timur, Zumi Zola bernikah dengan kekasihnya Sherrin Thalia, seorang pemain biola, dengan penuh adat istiadat Sunda, semalam.
Majlis pernikahan mereka dilangsungkan di Hotel Grand Sahid Jaya selepas selesai solat Jumaat.

Di dalam majlis yang diadakan secara tertutup itu, kedua mempelai mengenakan pakaian tradisi Sunda berwarna putih.

Turut menghadiri majlis itu adalah Menteri Ekonomi, Hatta Radjasaa dan Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo, yang menjadi saksi pernikahan mereka.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dikatakan turut diundang untuk menghadiri majlis resepsi mereka nanti.

“Kami doakan semoga mereka bahagia,” katanya.

Zumi pernah berpacaran dengan aktres dan penyampai terkenal, Ayu Dewi, tetapi hubungan mereka putus pada April, tahun lalu.

Dia juga pernah dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita, Peny Fernita Saputri.

Suami Peni Farnita Saputri, Bernaldi Kadir atau Aldi, sebelum ini mendedahkan ratusan gambar ghairah pelakon dan Zumi yang tersimpan dalam telefon bimbit isterinya.

Gambar berkenaan itu diambil dengan telefon bimbit selepas mereka melakukan hubungan seks, dan Peny sudah pun mengaku dia terbabit dalam klip itu. - Detikhot

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters