Jom Buat Duit

Saturday 17 March 2012

Zumi nikah dan umrah



PENAMAT kontroversi. Zumi Zola bakal mengerjakan umrah selepas selamat bergelar suami kepada Sherrin Tharia. 

SETELAH selamat menjalani akad nikah untuk bergelar suami kepada Sherrin Tharia semalam, 16 Mac, aktor kontroversi Zumi Zola khabarnya bakal mengerjakan umrah. Perkhabaran itu disahkan sendiri oleh ibu Sherrin, Tengku Malinda.

"Apa yang paling penting saat ini adalah akad nikah. Jika semuanya berjalan lancar, usai majlis perkahwinan mereka, Zumi dan Sherrin akan segera berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umroh (umrah)," ujar Tengku Malinda ketika ditemui di kediamannya di kawasan Cipete, Jakarta Selatan semalam.

Majlis akad nikah Zumi dan Sherrin tersebut berlangsung di Hotel Sahid di Jakarta, sementara majlis resepsinya pula pada 22 Mac ini, juga di lokasi yang sama.

Untuk majlis akad nikah, pasangan pengantin mengenakan kostum yang berunsurkan adat Sunda, sementara kostum untuk majlis resepsi nanti mengikut adat Melayu.

Pada Februari tahun ini, Zumi dilanda kontroversi apabila seorang lelaki bernama Bernaldi Kadir Djemat mendakwa pelakon tampan itu membuat hubungan sulit dengan isterinya, Peny Fernita. Bernaldi juga mendakwa mempunyai foto bogel Zumi dan Peny yang didakwanya terbabit dalam hubungan intim terlarang itu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters