Jom Buat Duit

Sunday, 11 March 2012

Sihir Britt Robertson


 
BERMULA dengan watak utama dalam The Ghost Club ketika dia baru berusia 13 tahun, kini bintang Britt Robertson semakin bersinar. Buat peminat siri televisyen, kemunculan Britt sebagai Cara Burns dalam Dan In Real Life masih diingati. Berlakon seawal 12 tahun, Britt percaya, ibunya merupakan insan yang membentuk dirinya hari ini.

“Saya mulanya tidak faham apa-apa. Saya dididik di rumah oleh ibu sendiri kerana dia tidak percayakan sistem persekolahan awam. Dia takut untuk melepaskan saya keluar ke sekolah, begitu juga dengan adik-beradik yang lain.

“Dia masukkan saya ke dalam komuniti, libatkan saya dengan kumpulan teater dan saya cepat menyesuaikan diri. Saya tak boleh menyanyi, jadi lupakan soal muzik tapi dalam lakonan, ia selalu ada ruang. Saya terlibat dengan satu teater kecil dan ejen dari New York dan Los Angeles menyarankan agar saya ke California. Saya berusia 14 tahun ketika berpindah ke Los Angeles, beberapa tahun kemudian, saya muncul dalam siri televisyen,” cerita Britt yang kini menghangatkan kaca televisyen tempatan dengan sebuah siri baru The Secret Circle.

Meneruskan watak remaja seperti yang dilakonkan dalam Life Unexpected, bezanya ini kali pertama Britt akan menyihir peminat seluruh dunia dengan magis.

Diadaptasi daripada buku bersiri popular yang ditulis LJ Smith, siri itu berkisar seorang remaja perempuan, Cassie, 16, yang baru menyedari bahawa dia merupakan seorang ahli sihir. Lebih suspen dia terkait dengan perjanjian rahsia sebagai kunci untuk membuka pertempuran lama antara kuasa baik menentang kejahatan.

“Saya lulus uji bakat dan setelah diberi watak dan skrip, saya terus mencari buku-buku berhubung super natural dengan tujuan untuk lebih mendapatkan kefahaman tapi masa yang sama, saya seperti kaget sebab dipilih berlakon dalam karya penulis yang sama yang pernah menghasilkan The Vampire Diaries, rasanya macam saya berlakon siri popular itu,” kata Britt dalam satu temu bual.
Hampir sama dengan persekitaran masa kecilnya yang bersekolah dalam rumah, Cassie lebih teruk kerana dikawal ketat oleh ibunya daripada bercampur dengan kawan-kawan. Apabila ibunya meninggal dunia dalam insiden kebakaran, Cassie harus menyesuaikan diri di tempat baharu di Chance Harbor, Washington bersama neneknya.

Dia menyertai rakan-rakan yang rupa-rupanya terdiri daripada satu kelompok popular seperti Diana Meade, Faye, Melissa dan Nick. Keadaan menjadi rumit apabila Cassie bertemu dengan Adam, teman lelaki Diana. Mereka semua adalah ahli sihir dan kedatangan Cassie sebenarnya melengkapkan rantaian mereka. Teragak-agak untuk berdepan dunia super natural yang tidak pernah terjangkau dalam fikiran, namun, Cassie harus membongkar legasi keluarga yang selama ini dirahsiakan oleh mendiang ibunya.
The Secret Circle telah menemui penonton setiap Selasa jam 9.30 malam secara bermula sejak Selasa lalu di saluran 8TV.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters