Jom Buat Duit

Saturday 17 March 2012

Sharapova, Ivanovic kembali buat perhitungan



Maria Sharapova 

INDIAN WELLS, California – Ratu Rusia, Maria Sharapova menempah slot separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Indian Wells selepas menewaskan Maria Kirilenko 3-6, 7-5, 6-2 semalam.
Pada aksi suku akhir itu, Shara- pova terpaksa beraksi selama tiga jam,lima minit sebelum berjaya membenam cabaran Kirilenko.

Ia merupakan pertembungan pertama buat kedua-dua pemain itu sejak kali terakhir mereka bertemu pada pusingan pertama Terbuka Australia 2010 yang dimenangi Kiri lenko.
“Saya telah berusaha sehabis baik walaupun sedar saya tidak beraksi dengan cukup baik.
“Mujur aksi saya semakin bagus pada set terakhir,” kata Sharapova.
Menurut Sharapova, aksi bertenaga yang ditampilkan Kirilenko sememangnya harus dipuji.
“Dia (Kirilenko) bermula dengan cukup baik apabila menguasai keseluruhan permainan.
“Tindakan saya yang gemar bertahan juga nyaris mengundang padah sehingga menyebabkan Kirilenko semakin bersemangat menggandakan asakan demi asakan, cuma nasib tidak menyebelahinya,” katanya.

Pada aksi separuh akhir nanti, Sharapova akan kembali membuat perhitungan dengan bekas juara kejohanan, Ana Ivanovic yang mene- waskan Marion Bartoli 6-3, 6-4 dalam satu lagi aksi suku akhir semalam.

Ivanovic yang mengakui teruja berdepan Sharapova memberitahu: “Saya gembira dengan kemenangan ini kerana dapat membalas dendam kekalahan saya kepada Marion sebelum ini.
“Ia perlawanan yang cukup sukar dan kejayaan ini berpunca daripada pukulan servis yang cukup sempurna selain Marion juga dilihat kurang sihat gara-gara sakit kepala,” katanya.
Bagi kategori lelaki, juara bertahan dari Serbia, Novak Djokovic mudah menundukkan pemain pilihan ke-12, Nicolas Almagro 6-3, 6-4.
Kejayaan itu menyaksikan Djokovic berjaya menempah slot separuh akhir buat kali ketiga dalam kariernya.

“Saya telah merekodkan banyak kejayaan di sini dan sudah memenangi kejohanan ini dua kali. Tahun lepas merupakan perlawanan terbaik yang pernah saya lalui.
“Saya mungkin tidak mampu mengulangi apa yang telah saya lakukan tetapi saya akan buat yang terbaik.” – AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters