Jom Buat Duit

Saturday 17 March 2012

Amaran awal Schumacher

SCHUMACHER mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan kedua GP Australia di Litar Albert Park semalam. 

MELBOURNE - Pemandu Mercedes GP, Michael Schumacher seakan-akan mahu memberi amaran awal kepada barisan pencabarnya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.
Semalam, juara dunia tujuh kali itu mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas kedua Grand Prix (GP) Australia di Litar Albert Park.

Schumacher yang menduduki tempat ketiga terpantas pada sesi latihan pertama, mencatatkan masa 1 minit 29.183 saat sepusingan di litar sepanjang 5.303 kilometer (km) itu.
Pemandu Force India, Nico Huelkenberg mencatatkan masa kedua terpantas apabila ketinggalan 0.109 saat di belakang Schu- macher, diikuti oleh Sergio Perez (Sauber) dan Fernando Alonso (Ferrari).

"Sesi latihan pertama dan kedua hari ini (semalam) berjalan dengan baik.
"Namun, saya tidak mahu terlalu yakin kerana keadaan cuaca buat masa ini tidak menentu," kata Schumacher.

Terdahulu, pemandu McLaren, Jenson Button mencatatkan masa terpantas iaitu 1:27.560s pada sesi latihan pertama, mana- kala rakan sepasukannya, Lewis Hamilton di tempat kedua.
"Kami masih memperoleh maklumat yang diperlukan meskipun kami tidak dapat berlumba seperti yang diharapkan," kata Button yang juga juara dunia 2009.

"Jentera kami sangat sempurna. Masih ada beberapa aspek yang kami rasa perlu dipertingkatkan tetapi kami akan memula- kan sesi kelayakan dengan gembira."
Hamilton pula berkata: "Saya tidak gembira dan saya tidak berpuas hati.
"Saya berasa seperti kami belum menca- pai tahap maksimum dan saya cukup teruja untuk melihat apa yang akan berlaku pada sesi kelayakan nanti." - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters