Jom Buat Duit

Saturday 17 March 2012

RM25j untuk filem serangan di Mumbai


MUMBAI: Pengarah terkenal Bollywood, Ram Gopal Varma, memulakan penggambaran filem bajet besar pertama mengenai serangan militan ke atas Mumbai yang membunuh 166 orang pada 2008, semalam.

Mencatat di laman Twitter, Varma berkata, filem itu adalah produksi terpentingnya sepanjang tempoh terbabit dalam bidang perfileman.

Dengan bajet besar sebanyak 400 juta rupee (RM24.5 juta), Varma berkata, filem yang menjalani penggambaran di Mumbai, disasarkan untuk tayangan antarabangsa dan akan memberi “perincian terhadap semua sisi jenayah itu.” Serangan pada November 2008 itu dilakukan penyerang bersenjata yang menyasarkan beberapa tempat penting di Mumbai, termasuk hotel mewah, pusat Yahudi dan stesen kereta api.

India menyalahkan kumpulan militan berpangkalan di Pakistan, Lashkar-e-Taiba yang memberi bantuan latihan, peralatan dan wang kepada penyerang Mumbai itu dengan sokongan “elemen” ketenteraan Pakistan.

Sebuah filem bajet rendah mengenai serangan itu dibuat pada 2010 tetapi mendapat kritikan hebat dan akhirnya hilang begitu saja.

Varma, 49, pernah mengendalikan hampir 40 filem setakat ini.

Katanya, serangan di Mumbai itu adalah “perkara paling penting pernah berlaku” dan hampir sama dengan serangan 11 September 2011 di Amerika Syarikat kerana ia “satu keadaan yang sangat kompleks.” Seorang aktor teater kurang terkenal, Sanjeev Jaiswal, akan membawa watak utama sebagai satu-satunya penyerang yang masih hidup, Mohammed Kasab.

Mohammed Kasab dikenali ramai kerana gambarnya dirakam kamera ketika dia mengangkat senjata dan menyerang secara rawak di stesen kereta api.
Kasab dijatuhkan hukuman mati pada 2010 selepas disabitkan dengan kesalahan serangan di Mumbai itu. - AF

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters