Jom Buat Duit

Saturday 17 March 2012

Drebar teksi jujur dapat RM19,200

BANGKOK: Seorang pemandu teksi Thailand semalam memulangkan 8.2 kilogram perhiasan emas bernilai AS$410,000 (RM1.2 juta) kepada pemiliknya selepas ia tertinggal di dalam keretanya tiga hari lalu, kata polis.
Saksri Ketsrikaew, 56, berkata dia meluangkan masa dua hari memandu di sekitar Bangkok mencari pemilik perhiasan itu.

Menurutnya dia menghubungi radio tempatan selepas mendapat tahu pemilik kedai emas Eakerat Kanokwattana, 60, membuat aduan mengenai kehilangan perhiasan emas itu di media dan berjanji untuk memberi ganjaran kepada sesiapa yang memulangkannya semula.
Berita televisyen semalam menyiarkan Eakerat memberi pemandu teksi itu emas bernilai $6,400 (RM19,200) sebagai ganjaran. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters