Jom Buat Duit

Wednesday 21 March 2012

Rain jadi pengacara majlis



RAIN (kiri) dan Ji Hoon-kim menjadi pengacara pada konsert bagi meraikan persahabatan antara Vietnam dan Korea Selatan di Hanoi kelmarin.


HANOI, Vietnam - Penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain menjadi pengacara pada satu konsert yang diadakan di sini kelmarin.

Dia menjadi pengacara bersama seorang lagi pelakon terkenal Korea Selatan, Ji Hoon-kim pada konsert bagi meraikan persahabatan antara negara mereka dengan Vietnam.
Rain dan Hoon-kim memakai pakaian seragam tentera semasa mereka menjadi pengacara.
Rombongan persembahan yang dianggotai Rain itu terdiri daripada 58 anggota orkestra tentera dan 17 pemuzik tradisional.

Rain kini menjalani latihan ketenteraan selama 22 bulan.
Dia berkhidmat dengan Jabatan Perhubungan Awam, Kementerian Pertahanan Korea Selatan.
Ketika berada di Vietnam, Rain dan Hoon-kim turut membuat persembahan di beberapa buah pusat pengajian tinggi tentera dan kebudayaan di sini.

Dia memulakan perkhidmatan tentera pada Oktober tahun lalu.
Perkhidmatannya dijangka berakhir pada 10 Julai 2013.
Rain membuat persembahan di Vietnam buat kali pertama pada tahun 2006.
- Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters