Jom Buat Duit

Wednesday 21 March 2012

Darren Criss tolak tawaran X Factor



DARREN CRISS


BINTANG drama muzikal Glee, Darren Criss telah menolak tawaran untuk menjadi pengacara program realiti TV, X Factor kerana terlalu sibuk dengan kerjaya lakonan dan nyanyiannya.
Baru-baru ini, Darren telah ditawarkan untuk menggantikan Steve Jones dalam program tersebut, namun dia menolaknya kerana bimbang tidak dapat memberikan kerjasama yang baik.

"Pihak penerbit sudah berjumpa dengan Darren Criss dan menawarkannya untuk menjadi pengacara, tetapi dia menolak tawaran itu dengan alasan dia tidak yakin dapat memberikan sepenuh komitmen untuk tugas tersebut," ujar salah seorang kru produksi X Factor kepada E!News.

Aktor yang memegang watak sebagai Blaine Anderson dalam Glee itu baru sahaja selesai menjalani pementasan teater muzikal berjudul How To Succeed In Business Without Really Trying dan akan terbabit pula dengan penggambaran filem berjudul Imogene bergandingan dengan aktres Kristen Wiig dan Annette Bening.

Sementara itu, penerbit X Factor, Simon Cowell pula masih berusaha untuk mencari calon pengacara yang sesuai.

Malah, dia menyatakan bersedia untuk memberikan tawaran kepada mana-mana individu, meskipun calon tersebut tidak memiliki sebarang pengalaman sebagai pengacara.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters